ads

Rabu, 15 Mei 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Mawan boleh menang <b>di Saratok</b>: Minos - The Borneo Post Online

Posted: 25 Apr 2013 07:07 PM PDT

Posted on April 26, 2013, Friday

KUCHING: Tan Sri William Mawan Ikom dijangka boleh menang di kerusi Parlimen Saratok berdasarkan semangat juang tinggi beliau sepanjang menceburi arena politik.

Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata, Mawan, calon BN daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mempunyai beberapa kelebihan berbanding caloncalon lawan.

Beliau yang menggantikan penyandang Jelaing Mersat dan dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju dan calon Bebas Datuk Abang Rosli Abang Palei, merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Presiden SPDP.

"Beliau boleh menang dengan kedudukannya dan karisma yang dimilikinya serta usaha gigih untuk mencapai kemenangan.

Kita doakan beliau menang," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan sejak 1991 atas tiket BN menerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beliau sebelum itu pernah bertanding di kerusi DUN Pakan sebanyak dua kali pada 1983 dan 1987,  agaimanapun

beliau tewas.

Pada PRU 1990, beliau bertanding di kerusi Parlimen Julau namun telah tewas.

Parlimen Saratok merupakan kali kedua baginya bertanding pada Pilihan Raya Umum.

Beliau mengetuai sekumpulan pemimpin SNAP membentuk SPDP apabila SNAP dibatalkan pendaftaran pada November 2002. SPDP didaftarkan dan diterima ke dalam BN Sarawak pada 19 November 2002.

Minos berkata lagi, Mawan dijangka dapat menyelesaikan protes daripada Jelaing dan kumpulannya berikutan kecewa tidak dicalonkan semula oleh BN.

"Jika Jelaing masuk PKR, susah jika begitu," katanya.

Mengulas mengenai saingan terdekat Mawan, Ali yang juga ADUN Krian, Minos berkata calon PKR itu juga agak popular di Krian.

"Sasarannya sekarang ialah untuk menumbangkan Presiden (SPDP) selepas berjaya melakukannya terhadap timbalan presiden (Datuk Peter Nyarok Entrie) pada Pilihan Raya Negeri 2011 di kerusi DUN Krian," katanya.

Menyentuh peluang SPDP menerusi calonnya Datuk Seri Tiong King Sing di Parlimen Bintulu, beliau berkata tiada masalah untuk mengekalkan kerusi itu milik BN.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved