Jumaat, 21 Jun 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Tidak peka jejas <b>Limbang</b> sebagai bandar bersih – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 05:14 PM PDT

by Mastura Ismail. Posted on June 12, 2013, Wednesday

ELAK BUANG SAMPAH: Pengguna jalan raya yang melalui pintu sempadan Pandaruan dan Tedungan perlu bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah semasa menunggu giliran di pos sempadan.

LIMBANG: Usaha Majlis Daerah Limbang (MDL) menjadikan daerah ini sebagai bandar bersih dan destinasi tarikan pelancong, dikhuatiri terjejas berikutan sikap tidak peka pihak tertentu terhadap aspek kebersihan.

Pemandangan menyakitkan mata di sepanjang hujung jalan Pandaruan dan Tedungan yang dipenuhi sampah-sarap setiap kali berlaku kesesakan pada musim perayaan dan hari-hari tertentu baru-baru ini antara bukti jelas terdapat pihak tidak sepakat menjayakan usaha proaktif MDL.

Lebih menyedihkan sikap tidak bertanggungjawab itu boleh mencemarkan imej Limbang di mata pelancong dan pengunjung luar yang melalui kawasan pintu masuk di daerah ini, walaupun pihak MDL sudah menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan tersebut.

Difahamkan perbuatan membuang sampah itu dilakukan oleh pengguna jalan yang beratur panjang untuk ke Miri ataupun Sabah, sama ada bercuti ataupun melancong sempena cuti sekolah dan perayaan Gawai serta hari-hari biasa.

Wali Kota MDL, Kaunselor Sufian Mohat turut melahirkan kekesalan dengan sikap tidak bertanggungjawab yang dilakukan pengguna jalan raya apabila membuang sampah sesuka hati sepanjang pintu masuk tersebut kerana boleh menjejaskan imej Limbang di mata luar.

"Perbuatan membuang sampah oleh pengguna jalan raya yang beratur panjang di kawasan pintu sempadan, terutamanya pada hujung jalan Pandaruan amat dikesali kerana boleh mencemarkan imej Limbang khususnya kepada pengunjung luar," katanya di sini semalam.

Sufian menjelaskan, skuad MDL sudah diarah turun padang mengutip sampah di sepanjang jalan tersebut setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah.

"Kita tidak dapat menempatkan skuad kita 24 jam di kawasan tersebut, malah MDL turut menyediakan kemudahan tong sampah namun tidak digunakan dan mereka masih membuang sampah merata-rata ketika menunggu giliran beratur," katanya kesal.

Beliau menjelaskan, pada masa ini MDL belum menetapkan apa-apa polisi ataupun tindakan bagi melarang orang ramai dan pengguna jalan raya membuang sampah di kawasan berkenaan.

Tambahnya, pihak MDL turut merancang untuk membina notis larangan membuang sampah di kawasan pintu sempadan bagi menghalang mereka daripada terus membuang sampah di situ.

"Pada masa ini, kita cuma menasihatkan pengguna jalan raya terbabit agar memberi kerjasama dengan tidak membuang sampah ketika beratur panjang menunggu giliran di pintu masuk sempadan.

"Walaupun kemudahan tong sampah disediakan, perbuatan membuang sampah itu tidak akan dapat ditangani tanpa kerjasama semua pihak," ujarnya.

Sebelum ini, orang ramai khususnya masyarakat setempat mengeluh dan kecewa dengan pemandangan menyakitkan mata kerana boleh mencemarkan imej Limbang.

"Jika longgokan sampah-sarap itu menyakitkan mata memandang bagi masyarakat setempat, apa pula pandangan orang luar dan pelancong asing apabila melihat keadaan sebegitu.

"Memang ramai pelancong melalui pintu masuk sempadan dan sampah-sarap itu akan memberi gambaran buruk kepada mereka tentang Limbang," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads