ads

Jumaat, 3 Mei 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 01:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 01:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 01:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 01:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

laporan kejohanan petanque angkasa peringkat <b>negeri sarawak</b> 2013.

Posted: 06 Mar 2013 06:23 PM PST

Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah diadakan di Gelanggang Petanq Petronas Telaga Tiga, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching pada 2-3 Mac 2013. Bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Disertai oleh 52 pasukan kategori koperator pelajar pada 2 Mac 2013, dan 47 pasukan kategori koperator dewasa pada 3 Mac 2013. Pasukan datang dari hampir semua bahagian di Negeri Sarawak.
Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah.
Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:
1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Santubung Berhad
2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Agama Saratok Bhd
3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Usrati Kuching Berhad
4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Perempuan) : Koperasi Usrati Kuching Berhad.
Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada bulan Mei 2013 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA.

SofiZan&#39;s BloG: BERJUALAN <b>DI</b> STADIUM <b>NEGERI SARAWAK</b>

Posted: 04 Apr 2013 08:47 PM PDT


jumaat lepas 29.3.2013 kan cuti umum. tak da buat apa-apa. dan tak pergi mana-mana. sepanjang pagi tu lah. cuma lepas maghrib tu, sofea pergi ke stadium negeri. sebab ada perlawanan bola. liga perdana.
keputusannya sarawak menang.

sebab sofea pergi stadium, bukan nak nonton bola. ( walaupun dalam hati nak sangat masuk stadium ) hehehhehe. sofea tolong makpak sofea. berjual kat luar. kami jual ayam goreng , burger , keropok lekor dan air minum. so far ok lah. kadang-kadang habis jualan. kadang-kadang tidak.

ikut rezeki. banyak penonton datang tak semestinya jualan habis. dedulu selalu ikut makpak jual. seronok lah jugak. lagi-lagi masa zaman ngap sayot. huaaaa...kalau nak tahu sofea minat sukan bola. hehehheh..masa tahun 1997 ke. kalau tak silap. paling best kami berjual di stadium sarawak. ada match brazil lawan argentina. ramaiiiiiii sangat....piala apa ehhh...aduhhh lupa lah....masa tu dalam usia 14 tahun lagi....

nilah gerai kami ;

dalam bulan april ni kalau tak silap. 19.04.2013 ada match lagi...jommmm sesapa yang baca blog ni singgah-singah lah ye...ada sofea kat situ....leh le kenal-kenal. hehehhe

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Betong, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

Posted on January 17, 2013, Thursday

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved