Sabtu, 11 Mei 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


PAS Bangkit 3 Isu Pokok <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 20 Apr 2013 02:21 AM PDT

KOTA SAMARAHAN-Tiga isu utama berkaitan dengan pendidikan, tanah adat dan jambatan Batang Samarahan akan dibangkitkan oleh calon Parti Islam Semalaysia (PAS) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagu,34, untuk memenangi hati rakyat dalam kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) ini.

Ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Suarah di sini hari ini, Abang Ahmad Kerdee yang juga seorang Peguam, berasal dari Sibu dan kini menetap di Kampung Pusa menyatakan PAS akan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat di negara ini sekiranya mereka dapat menawan Putra Jaya pada pilihan raya ini.

Menurutnya, kemudahan pendidikan percuma ini sudah pasti turut akan dinikmati oleh rakyat di Bahagian Samarahan sekiranya mereka memenangi kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan.

"Anak-anak kita terpaksa berhutang untuk melanjutkan pengajian ke universiti, kita mahu hapuskan perkara ini(berhutang) kerana menyedari ramai anak yang berjaya melanjutkan pelajaran yang menanggung beban ini.

"Kita berjanji sekiranya kita berjaya menawan Putra Jaya kita  akan sediakan pendidikan percuma untuk menghapuskan generasi yang berhutang, "katanya.

Abang Ahmad Kerdee, memiliki Ijazah Sivil Law, Universiti Sains Malaysia(USM) yang turut menghormati kewibawaan calon baharu BN Rubiah Haji Wang turut mendakwa kegagalan kerajaan BN menyelesaikan isu tanah adat telah menjadi isu kepada rakyat dalam Parlimen P197 Kota Samarahan.

"Ada kampung yang masih belum mendapat geran dan sebagainya dan perkara ini telah menimbulkan rungutan di kalangan penduduk yang kecewa dengan kerajaan BN, "jelasnya.

Menurutnya, banyak manifesto BN yang masih belum lagi ditunaikan kepada rakyat seperti pembinaan jambatan Batang Samarahan yang masih belum dilaksana sehingga kini.

"Ini juga adalah kelemahan-kelemahan BN yang jelas ketara, sedangkan rakyat sememangnya memerlukan kemudahan ini, "katanya.

Katanya, sekiranya diberi peluang oleh rakyat di kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan menjadi wakil rakyat, dia akan berusaha memperjuangkan nasib rakyat di kawasan itu serta mendengar rintihan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads