Sabtu, 11 Mei 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Pendekatan &#39;santai&#39; tarik sokongan belia <b>di Limbang</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 03:55 PM PDT

Posted on May 9, 2013, Thursday

LIMBANG: Pendekatan 'santai' berkonsepkan belia yang diamalkan di peringkat Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mendekati golongan muda khususnya yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas berjaya melonjakkan sokongan muda terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Masyarakat Melayu/Kedayan Limbang Pemanca Alie Jahar berkata, program turun padang yang diger­akkan secara menyeluruh di peringkat akar umbi berjaya menarik sokongan muda un­tuk keluar mengundi sekali gus berpihak kepada BN.

Beliau berkata, pendeka­tan itu amat penting dalam menjelaskan mengenai dasar kerajaan yang sering diputar belit pembangkang kepada generasi muda masa kini.

"Pendekatan turun padang yang dijalankan Pemuda (PBB) sebelum ini berjaya mendekati golongan muda dalam usaha meningkatkan sokongan terhadap BN, selain latar belakang calon BN yang cemerlang tanpa menga­baikan kebajikan golon­gan muda," ujarnya ketika mengulas peningkatan undi golongan muda pada PRU13 lepas kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau menjelaskan, go­longan pengundi muda dan pengundi baharu menjadi antara faktor penentu calon dan parti yang memenangi PRU13 di sini.

Katanya, kerajaan berjaya menangani pelbagai isu yang dihadapi golongan muda melalui pelbagai program berkonsepkan belia untuk mendekati golongan terse­but.

"Kejayaan itu ditambah dengan usaha gigih dan kerja keras jentera BN daripada parti komponen BN yang diterajui Pemuda dan Wanita (PBB) untuk berdampingan rapat dengan pengundi muda di peringkat akar umbi.

"Secara tidak langsung mereka boleh menarik golon­gan muda dengan berkempen dalam kalangan anggota keluarga masing-masing," jelasnya.

Sebelum ini, katanya, Pergerakan Pemuda dan calon BN Parlimen Limbang Hasbi Habibollah bersama pemimpin di peringkat De­wan Undangan negeri (DUN) memperhebat gerakan mendekati golongan muda dalam usaha meyakinkan mereka terhadap BN se­bagai peneraju negara yang membela segenap lapisan masyarakat.

Alie berkata untuk tu­juan itu, pelbagai program dijalankan untuk golongan muda seperti sukan dan ak­tiviti sihat yang lain.

Katanya, program-pro­gram tersebut dijalankan dengan matlamat untuk menyelami trend golongan muda, yang lebih cenderung kepada aktiviti sedemikian untuk mendalami kehendak mereka.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda PBB kerana berjaya membentuk rangka kerja terbaik, teratur dan sistema­tik untuk menarik pengundi muda mengundi sekaligus membawa kemenangan BN.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads