11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Empat penjuru <b>di Sri Aman</b> - <b>Sarawak</b> Update Posted: 20 Apr 2013 02:09 AM PDT SRI AMAN, Sabtu – Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di kerusi Parlimen P.202 Sri Aman menyaksikan perlawanan empat penjuru - calon Barisan Nasional (BN) iaitu Masir Kujat, Nicholas Mujah dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Wilfred Landong dari Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Donald Lawan dari Bebas. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Felicia Tan mengesahkan pencalonan mereka di Pusat Penamaan Calon P.202 Sri Aman, Pejabat Residen Sri Aman. Wilfred Landong dari SWP mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi sambil diikuti oleh Masir Kujat, Nicholas dan Donald Lawan. Masir dicadangkan oleh Ronald Chenggir dan disokong oleh Jiram Gendang, Nicholas dicadangkan oleh Lias Julai dan disokong oleh Iso Sidu, Donald dicadangkan oleh Lawrence Buda disokong oleh Suring manakala Wilfred Landong dicadangkan oleh Michael Kanang Akon dan disokong oleh Edward Landong. Wilfred Landong dari SWP mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi sambil diikuti oleh Masir Kujat, Nicholas dan Donald Lawan, Felicia Tan mengesahkan pencalonan mereka pada jam 10.30. Masir bersama isteri, Dora Jemat diiringi oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden bersama dengan Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang bergerak dari Rumah Dayak ke pusat pencalonan. Kelibat bakal calon DAP yang selalu disebut-sebut akan bertanding di Sri Aman langsung tidak kelihatan walaupun surat watikah sudah diberikan kepada Leon Jimat Donald. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan