Rabu, 24 April 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Uggah Cabar PKR Tunjuk Bukti Tanah Rakyat Dirampas BN <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 03:16 AM PDT

BETONG: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi Parlimen P.204 Betong sedia menghadapi 'peperangan' yang dilancarkan oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti, kata calon Barisan Nasional (BN), Dato Sri Douglas Uggah Embas.

Beliau berpendapat bahawa pembangkang sekadar untuk melengkapkan kuota pencalonan bagi parti Keadilan Rakyat(PKR) yang ingin bertanding merampas kerusi yang sekian lama disandang oleh BN disini.,

Tambahnya, tiada isu khusus yang boleh memberi keyakinan rakyat untuk membawa mereka (pembangkang) menduduki kerusi yang sejak enam penggal disandang oleh beliau sendiri.

"Apa isu mereka? Yang jelas isu pembangunan bukan sandaran untuk mereka meraih undi kerana Betong sudah menjadi kawasan yang jelas mengalami pembangunannya rancak dan berkembang. Malah pada masa sekarang pelbagai projek-projek kerajan BN telah dan sedang dalam pembinaan," ujarnya.

"Kalau isu tanah yang mereka bawa, itu tidak dapat meleraikan teka-teki dan pembohongan yang mereka lemparkan untuk menarik perhatian rakyat untuk mengundi mereka.

"Pembangkang hanya menyebarkan fitnah dengan mengatakan kerajaan merampas tanah rakyat tapi jika benar tunjukkan dimana dan buktikan tanah yang telah dirampas oleh kerajaan di Betong ini. Saya cabar mereka(pembangkang) untuk bawa bukti," tegasnya.

"Apapun kerajaan BN telah menyediakan pelbagai projek pembangunan bagi kemudahan rakyat untuk kesenangan semua pihak seperti pembinaan hospital, sekolah, jalanraya dan pusat-pusat perniagaan.

"Keadaan itu mungkin memaksa kerajaan menggunakan sebahagian tanah yang membolehkan pembangunan dikawasan yang difikirkan sesuai dan dimajukan untuk kemudahan semua.

"Jika itu yang dikatakan 'merampas tanah rakyat', mereka mungkin salah tafsir kerana itu adalah untuk tujuan projek-projek pembangunan dan telah dibayar kepada pemiliknya yang sah dengan jumlah yang berpatutan sebagaimana terkandung dalam seksyen 13 perlembagaan," jelasnya.

"Mereka ketandusan isu untuk diketengahkan, jika adapun isu 'kitar semula' yang tidak relevan untuk disampaikan kepada rakyat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads