Isnin, 15 April 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Saya sedia tanding <b>di Saratok</b> - The Borneo Post Online

Posted: 28 Mar 2013 11:43 AM PDT

by Patricia Gari. Posted on March 29, 2013, Friday

Mawan akan akur jika diarah berbuat demikian oleh kepimpinan BN pada PRU13

Mawan

Mawan

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom semalam memberitahu beliau sanggup diletakkan se-bagai calon Barisan Nasio-nal (BN) di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika beliau diarah berbuat demikian oleh pucuk pimpinan BN.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Kementerian Pembangunan Sosial kepada pertubuhan sukan dan belia di sini semalam, beliau memberitahu akan menerima 'arahan' itu demi kemenangan BN.

"Jika demi kemenangan BN, kenapa tidak (saya terima arahan itu). Itu adalah kenyataan yang sering saya sebut. Tetapi saya bekerja 24 jam di empat konstituensi milik SPDP termasuk Saratok dan Mas Gading.

"Setiap kali saya melawat konstituensi-konstituensi tersebut, saya akan membawa bersama penyandang, semua ini bagi memastikan yang lemah akan bertambah kuat, tidak bermakna saya mahu menjadi calon.

"Namun jika itulah keputusan pucuk kepimpinan BN, hanya satu cara untuk kita (BN) menang, mari kita lupakan pendapat peribadi," ujarnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi mengatakan beliau bakal bertan-ding di kerusi Parlimen Saratok yang ketika ini disandang oleh Jelaing Mersat.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam se-narai nama calon parti itu pada saat-saat akhir.

"Sudah tentu SPDP telahpun membuat keputusan (mengenai calon) lama dulu oleh Majlis Tertinggi parti tetapi sebagai ahli komponen BN yang setia, kita tidak seharusnya dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Pengerusi BN masih boleh mengkajinya semula, kita akan terima demi kepenti-ngan BN dan memastikan parti terus kekal," katanya.

Tambahnya lagi, sebagai komponen BN, SPDP tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai calon dan perlu mematuhi persetujuan dan mengambil kira semua kepentingan BN.

"Persoalannya, jika SPDP cuba membuat atau menegak-kan keputusannya (mengenai pemilihan calon), adakah parti bersedia untuk melakukannya (menghadapi pilihan raya) sendiri kerana kita adalah komponen BN.

"Saya tidak bermaksud (berlaku) perubahan pada senarai calon kita di sana dan sini, tetapi apa jua keputusan kita, keputusan parti, ia akhirnya akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti," ujarnya.

SPDP diperuntukkan empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Baram, Mas Gading dan Bintulu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Kemudahan sukan <b>di Saratok</b> - The Borneo Post Online

Posted: 16 Mar 2013 02:37 PM PDT

Posted on March 17, 2013, Sunday

Pembinaan stadium tertutup serta fasiliti sukan lain diperlukan, kata Mawan

MESRA RAKYAT: Mawan dan Jelaing bersama pasukan MPOB Saratok yang muncul juara pertandingan senamrobik di Saratok.

MESRA RAKYAT: Mawan dan Jelaing bersama pasukan MPOB Saratok yang muncul juara pertandingan senamrobik di Saratok.

SARATOK: Masyarakat di sini bakal menikmati kemudahan infrastruktur sukan dan reakrasi lebih lengkap dan selesa menjelang fasa kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom berkata hasil maklum balas dan reaksi yang diberikan oleh masyarakat setempat ternyata kemudahan seperti pembinaan sebuah stadium tertutup dan berbumbung serta lengkap dengan fasiliti lain amat diperlukan di kawasan ini.

"Dalam perancangan awal, kita menganggarkan akan membina sebuah stadium yang serba lengkap di kawasan ini dan dijangka menelan belanja sekitar RM10 juta.

"Sungguhpun demikian satu kertas kerja dan kajian yang terperinci terhadap pelaksanaan kemudahan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini," katanya pada program Senaman Perdana 1Malaysia di Dataran Krian, di sini semalam.

Aktiviti itu dianjurkan oeh Kelab Sukan Komuniti (KSK) Kalaka dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan, Belia dan Sosial MDS, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Saratok serta Pemuda Pemudi Barisan Nasional (BN) Saratok.

Sekitar 2,500 orang terdiri daripada 40 pasukan merangkumi jabatan kerajaan, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah menyertai aktiviti itu.

Menurut Mawan, melalui pembinaan kemudahan seperti itu nanti diharapkan mampu melahirkan lebih banyak golongan belia dari daerah ini yang cemerlang dalam bidang sukan.

Berdasarkan prestasi dan pencapaian semasa, katanya, kita lihat golongan belia dari daerah ini telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pelbagai bidang sukan.

"Pada setiap kali ada penganjuran di peringkat bahagian, kita lihat pasukan dari daerah Saratok merupakan pasukan digeruni malah kerap muncul juara.

"Ini membuktikan bahawa golongan belia di daerah ini amat berpotensi maju dalam bidang sukan, walaupun berada dalam situasi kekurangan tetapi dengan azam dan semangat perjuangan kukuh telah memberi keyakinan kepada kita untuk melaksanakan projek terbabit yang memberi impak memberangsangkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Saratok, Jelaing Mersat berkata penganjuran aktiviti seperti itu sewajarnya dipergiatkan pada masa hadapan.

"Melalui program ini, kita yakin mampu mempererat hubungan masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang melibatkan segenap lapisan umur.

"Kita sentiasa menyokong setiap penganjuran program seperti ini dan menyeru kepada semua kelab sukan dan pertubuhan agar berganding bahu dalam merealisasikan matlamat ini demi untuk kebaikan bersama," kata Jelaing.

Dalam aktiviti itu turut diadakan senamrobik, cabutan tiket bertuah, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta pentas hiburan.

Pada pertandingan Senaman Perdana 1Malaysia, pasukan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Saratok muncul juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700.

Tempat kedua dimenangi pasukan Peterian A dengan hadiah RM500, ketiga dimenangi pasukan 'I Love Saratok' dengan hadiah wang tunai RM300.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads