Isnin, 11 Mac 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Pengusaha bas bantah tempat parkir jadi tapak jualan | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:30 PM PST

SRI AMAN: Segelintir penguasaha bas di Sri Aman melancarkan bantahan secara aman di Terminal Bas Sri Aman berikutan tapak parkir bas mereka sering dijadikan sebagai tapak jualan beraneka setiap kali ada sambutan perayaan mega di bandar ini.

Seorang pengusaha bas, Chin Ah Kui, 60, berkata segelintir pengusaha bas di Sri Aman kesal dengan sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering membenarkan tapak mereka digunakan sebagai aktiviti jualan beraneka sempena sambutan perayaan di bandar ini.

"Setiap kali ada perayaan, tempat parkir bas kami sering dijadikan tempat menjual pelbagai barang jualan.

"Jadi kami sungguh kesal dengan perkara ini dan hari ini kami (semalam) kami membuat bantahan untuk mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka telah dimaklumkan oleh PBT menerusi surat bertarikh 19 Februari berhubung penutupan sementara tempat letak bas di sini bagi memberi laluan untuk tapak jualan beraneka selama lima hari berturut-turut sempena sambutan perjayaan Cap Goh Meh 2013.

Kemudiannya PBT mengarahkan bas mereka diparkir di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sri Aman, tambahnya.

"Berikutan patuh dengan arahan itu bas kami disaman oleh pihak polis kerana parkir yang tidak dibenarkan itu," kata Chin.

Chin berkata, pengusaha bas pernah mengadakan perjumpaan dengan PBT (Majlis Daerah Sri Aman) untuk menyuarakan permasalahan ini sambil mencadangkan kewujudan sebuah terminal bas yang kekal.

"Tetapi jawapan yang diberikan oleh PBT amat mengecewakan kami," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap PBT dapat mencari langkah menyelesaikan masalah yang menyelubungi para pengusaha bas di Terminal Bas Sri Aman supaya ia tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu Borneo Bas, Sarawak Transport Company (STC) dan CPL adalah tiga syarikat bas yang sering berhadapan dengan gangguan operasi di Terminal Bas Sri Aman ketika diadakan perayaan di bandar ini.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads