ads

Isnin, 11 Mac 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Huraian sejarah <b>Sarawak</b> | Johny Tim

Posted: 11 Mar 2013 03:46 AM PDT

Sedikit huraian bagaimana James Brooke dan Charles Brooke Berjaya menguasai sebahagian besar tanah jajahan Kesultanan Brunei dari tahun 1839 hingga 1905.

PENGENALAN
Pulau borneo terletak ditengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan mengungtungkan. Selain itu,pulau borneo juga merupakan hak Kesultanan Brunei. Kawasan jajahannya terlalu luas menyebabkan susah ditadbir dan dikawal. Oleh itu berlakunya pelbagai kekacauan yang timbul terutamanya di Sarawak. Namun demikian, Kerajaan Brunei merupakan sebuah empayar yang kuat ketika itu.

Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa siri serangan ke atas brunei oleh sepanyol tapi dapat dipatahkan. Kerajaan Sultan Brunei menjadi lemah disebabkan kemangkatan Sultan Bolkiah pada kurun ke- 16. Peristiwa ini menyebabkan para pembesar tempatan mengambil kesempatan dan berebut-rebut kawasan jajahan seperti yang berlaku pada kurun ke -18 dan ke -19.

Sebelum kehadiran rejim Brooke , diperairan borneo terdapat kuasa-kuasa asing seperti belanda dan sepanyol.Sarawak merupakan sebahagian jajahan Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke. Pelbagai kekacauan yang timbul terutama di bahagian hujung selatan Sarawak iaitu kuching. Kuching ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh Sultan Brunei iaitu Pangiran Mad Salleh atau dengan gelaran Pangiran Indera Mahkota beliau dilantik sebagai gabenor Sarawak. Kehadiran beliau tidak disenangi oleh datuk-datuk melayu di kuching.

Oleh itu, berlakunya pemberontakan yang diketuai oleh Pangiran Usop yang membuat pakatan dengan para pembesar tempatan pada tahun 1963. Kekacauan tercetus di kawasan sungai saribas dan skrang di kalangan orang iban. Bagi menteteramkan keadaan, sultan Umar Ali Saifuddin menghantar Pengiran Muda Hasyim ke kuching pada tahun 1837. Namun demikian, beliau gagal untuk memulihkan keamanan sehinggalah ketibaan seorang Inggeris yang bernama Brooke. Kehadiran Brooke juga merubah dan membentuk sejarah Sarawak.

Latar Belakang dan Kedatangan James Brooke
James Brooke dilahirkan di Banares, pada 29 April 1803 di India. Ketika itu bapanya sedang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Pada usia dua belas tahun ia dihantar bersekolah di England. Semasa beliau belajar secara kebetulannya pelajaran itu telah diwartakan sebagai satu pengukuran pangkat dalam tentera Bengal bagi tahun 1819.

Selepas tamat pengajian James Brooke juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Perang Inggeris-Belanda yang pertama dalam dan pada awal tahun 1825, ia mendapat cedera parah lalu dihantar pulang ke negeri asal. Apabila bapa James Brooke meninggal dunia, Beliau meninggalkan wang sebanyak 30,000 paun kepada anaknya James Brooke.

Pada mulanya ia tidak tahu apa yang harus dibuat dengan wang sebanyak itu, Namun pada bulan Mac 1836, James Brooke membeli sebuah kapal layar yang bernama Royalist dengan muatan 142 tan dan dilengkapi dengan senjata. Kemudiannya beliau belayar ke timur dan sampai ke Singapura pada tahun 1938 dan diminta oleh Gabenor George Borham untuk ke Kuching bagi meyampaikan ucapan terima kasih kepada Pangiran Muda Hasyim kerana membantu kapal Inggeris yang terdampar di pantai Sarawak.

Tujuan utama brooke belayar ke timur kerana untuk membuat penyiasatan saintifik. Beliau juga amat meminati Sir Stamford Raffles dan ia yakin pengunduran Syarikat Hindia Timur dari jawa adalah satu kesilapan besar. James Brooke sampai ke Sarawak pada 15 ogos 1839 dan berlabuh di sungai Sarawak dan bertentangan dengan rumah pengeran Muda Hasyim.

Ini adalah pertemuan kali pertama James dengan Pengeran Muda Hasyimdan lalu memberikan hadiah dan surat ucapan terima kasih kepada pengeran Muda Hasyim yang dikirim dari gabenor dan dewan perniagaan singapura atas jasa baik beliau menolong kelasi-kelasi kapal Inggeris yang karam di perairan Sarawak. Mereka juga menjalinkan hubungan persahabatan sejak pertemuan pertama tersebut.

Perluasan Kuasa James Brooke
James Brooke melancarkan beberapa usaha dan strategi untuk meluaskan kawasannya ke utara dan mengukuhkan kedudukannya di Sarawak dengan membantu Pengeran Muda Hasyim menyelesaikan masalah pemberontakan yang dilakukan oleh pengeran usop dan melalui perjanjian yang dilakukan oleh Brooke tidak menerimanya tetapi setelah ditawarkan beberapa kali oleh Pegeran Muda Hasyim barulah beliau menerimanya dan dilantik menjadi Residen Sarawak.

Walaupun brooke dilantik menjadi Residen oleh Hasyim tetapi beliau tiada kuasa untuk melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak kerana beliau bukanlah Sultan Brunei. Hal ini, menyebabkan Pengeran Muda Hasyim diancam oleh James Brooke. Pada 24 september 1841 Brooke meluaskan kuasanya dengan cara ugutan. Beliau telah mengepung tempat kediaman Pengeran Muda Hasyim dengan tekanan ketenteraan yang dibantu oleh H.M.S Diana.

Oleh sebab takut pemberontakan tersebut tercetus semula Pengeran Muda Hasyim telah memperkenankan permintaan brooke. Selain itu, Brooke juga telah mengugut Sultan Brunei sekiranya enggan untuk mengiktirafnya sebagai Raja Sarawak dengan mengugut untuk membedil Bandar Brunei dengan kapal H.M.S. Phglegethon. Pada 21 Disember 1845, Pengeran Muda Hasyim dan saudara-maranya telah dibunuh oleh orang-orang anti inggeris yang diketuai oleh Pangeran Muda Usop.

Kematian Pegeran Muda Hasyim membawa pelayaran sekali lagi ke Brunei untuk menentukan kedudukan kuasanya di Sarawak. Brooke menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafan sepenuhnya ke atas Sarawak tanpa membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.

Usaha yang seterusnya yang dilakukan oleh james brooke ialah menjalankan dasar anti pelanunan. Brooke juga mepunyai angkatan tentera daripada penduduk pribumi yang dianggotai oleh orang-orang muda seramai 25,000 yang berada di sekitar sungai Batang Lupar, Saribas dan sungai lain-lain. Tentera rakyat ini mudah sahaja menyahut seruan rajah, kerana kemungkinan mendapat hadiah yang paling berharga dalam peperangan iaitu kepala musuh.

James Brooke melancarkan serangan ke atas orang iban di sungai seribas dan skrang pada julai 1843, kerana Orang Kaya Pemancha iaitu ketua orang iban mencabar kewibawaan brooke sebagai pemerintah dengan mengancam untuk memenggalkan kepala James Brooke. Hal ini menyebabkan James Brooke merasa tercabar lalu meminta bantuan daripada Sir Henry Keppel untuk melancarkan serangan ke atas orang iban kerana kekuatan orang iban adalah seramai 800 orang hasil gabungan dengan orang melayu, Keppel mengunakan kapal perang H.M.S Dido untuk melancarkan serangan.

Komander Farquhar juga membantu brooke dengan melancarkan beberapa strategi sehingga memerangkap orang iban dan berlaku petempuran yang dahsyat dengan menggunakan kapal perang Nemesis akhirnya pihak lanun kalah dalam pertempuran. Hasil pertolongan daripada angkatan tentera british james brooke dapat membasmi lanun yang selama ini menentang pemerintahannya sebagai raja Sarawak. Brooke juga berjaya melemahkan benteng pertahanan utama lanun terutamanya di padeh,paku dan rimbas.

Beliau juga dapat menguasai dan meluaskan tanah jajahannya seperti dikawasan sungai skrang dan saribas. Setelah James Brooke berjaya menumpaskan orang-orang melayu dan iban, pembesar orang melayu dan ketua orang iban saribas perlu menandatangani satu perjanjian. Dimana mereka tidak dibenarkan melanun dan memberontak pada masa akan datang.

Seterusnya Brooke telah memisahkan petempatan antara orang melayu dan orang iban. Kerana takut aktiviti perlanunan berulang kembali. Hal ini, disebabkan orang iban mudah dipengaruhi oleh orang melayu turut sama dalam aktiviti perlanunan. Orang melayu ditempatkan di kawasan berhampiran pantai dan kuala-kuala sungai seperti Saribas, Paku dan Lingga., manakala orang iban pula ditempatkan di kawasaan yang agak jauh sedikit dengan pantai dan kuala-kuala sungai.

Usaha yang seterusnya, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Abdul Mumin yang menaiki tahkta setelah kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II pada tahun 1952. Menurut perjanjian ini brooke hanya perlu mebayar ufti sebanyak Dolar Selat$ 1500. Setelah perjanjian tersebut, Brooke telah berjaya meluaskan jajahannya di Sarawak dengan menguasai lembah Sungai Lupar dan Rajang.

Masalah pemberontakan orang cina pada 1857 telah menjejaskan pentadbiran brooke disarawak. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pencerobohan kuasa yang dilakukan oleh brooke. Orang-orang cina ini terdiri daripada puak san-tiou-kou dan merupakan pelombong-pelombong emas yang datang dari Bau lalu menyerang Kuching. Malangnya brooke dapat mematahkan serangan tersebut dengan mudah dengan bantuan orang Melayu dan Iban.

Pada masa yang sama, masalah eksport sagu telah menjejaskan sumber kewangan brooke. Puak anti-Brooke telah berpakat dengan pangeran kawasan melanau untuk menyekat perdagangan sagu para pedagang Sarawak iaitu melayu dan cina. Keadaan menjadi tegang apabila konsul british iaitu Spenser St. John campur tangan dan berjaya menyelesaikan ketegangan tersebut. Akhirnya satu perjanjian telah dibuat antara Sultan Brunei dan brooke.

Dalam perjanjian tersebut seluruh kawasan melanau sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak Dolar Selat $4500 kepada Sultan Brunei. Setelah kematian brooke pada 11 jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.

Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charles brooke untuk meluaskan kuasanya di Sarawak.
Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48 tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat sumpah pada 11 okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.

Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya. Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen (Eropah) dengan dibantu oleh seorang penolong residen dan pegawai daerah. Bagi pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang melayu, cina dan dayak terus dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.

Charles brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.

Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke. Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai gantinya baginda akan mendapat bayaran yang swajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu panjang.

Walaubagaimana pun segala permintaan dan cadangan Charles brooke ditolak oleh Sultan Brunei dan baginda meminta perlindungan daripada Gabenor Pope-Hennessy yang merupakan Konsul Jeneral British bagi borneo dengan mendakwa bahawa brunei berhak mendapat perlindungan British dibawah persetiaan tahun 1847. Charles brooke menjadi marah dan setelah masalah itu dapat diselesaikan, Charles mencuba sekali lagi untuk mendapatkan Baram.

Pada tahun 1883, orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang kerajaan Brunei. Hal ini menyebabkan , beliau mudah untuk mendapatkan daerah tersebut atas desakan rakyat yang tidak mahu berlindung dibawah pemerintahan Brunei. Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan sungai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak $4,200 setahun. Sultan Brunei menyerahkan pula daerah Sungai Terusan tanpa sebarang bayaran setelah gagal mengatasi masalah kekacauan di situ.

Manakala limbang pula, sejak tahun 1884 lagi penduduk limbang yang bersepadan dengan Brunei, telah memberontak melawan pemerintahnya kerajaan Brunei. Kerana penduduk di Limbang tidak tahan menanggung penderitaan dan kezaliman pembesar brunei yang memerintah di Limbang. Pemberontakan tersebut telah berlaku sejak sekian lama, namun tidak dapat mengubah sikap pembesar Brunei tersebut. Akhirnya pada bulan mac tahun 1890 penduduk dilimbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak.

Penduduk limbang meminta Charles Brooke mengambil Limbang menjadi wilayah baru di Sarawak, dengan kebenaran kerajaan british di England Charles Brooke telah berjaya mendapat daerah Limbang. Wilayah yang seterusnya yang diperolehi oleh Charles Brooke ialah daerah Lawas. Maka dengan ini lengkaplah sudah perluasan kuasa Charles Brooke ke atas Sarawak.

Kesimpulan
James Brooke berjaya menguasai 2/3 tanah jajahan di sarawak dengan beberapa usaha yang dijalankan seperti membuat perjanjian,ugutan terhadap Sultan Brunei dan memerangi lanun-lanun yang memberontak di Sarawak.Selain itu, dengan peralatan kapal perang yang canggih memudahkan lagi proses pengambilan wilayah dan tanah jajahan di Sarawak.

Di tambah dengan sokongan daripada pembesar tempatan iaitu Pengiran Muda Hasyim menyebabkan James brooke tidak mempunyai masalah untuk menjadi seorang Rajah di Sarawak. Setelah kematian beliau anak saudaranya iaitu Charles Brooke mengambilalih pemerintahan di Sarawak.

Charles juga berjaya memantapkan pentadbiran dan ekonomi Sarawak dan seterusnya berjaya melengkapkan penguasaan kesemua tanah jajahan dengan berjaya menguasai daerah limbang dan lawas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved