Isnin, 18 Mac 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


250 atlet taekwondo berkampung <b>di Sibu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 26 Feb 2013 04:07 PM PST

Posted on February 27, 2013, Wednesday

SIBU: Kira-kira 250 atlet taekwondo dari seluruh negeri akan berkumpul di sini untuk mengambil bahagian pada Kejohanan Taekwondo Senior dan Junior (MSNMilo- TM-WTF) di Dewan SMK Methodist Sibu pada 23 dan 24 Mac depan.

Pemenang pingat emas SUKMA Pahang, Tiong Hung Teng dan pemenang pingat gangsa, Low Kwong Yew antara peserta yang akan mengambil bahagian.

Acara tahunan itu merupakan anjuran Kelab Taekwondo Rajang Sibu (RTC) dengan dipersetujui Persatuan Taekwondo Sarawak (STA/WTF).

Setiausaha RTC, Thomas Tan berkata kejohanan itu dibahagikan kepada enam kategori termasuk lelaki dan wanita junior, bawah 13 tahun, bawah 10 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan terbuka senior 18 tahun ke atas.

Kejohanan tersebut akan menjadi penanda aras bagi mengukur standard peserta yang akan disenarai pendek untuk mewakili negeri pada SUKMA tahun hadapan.

Selain itu, kejohanan tersebut dianjurkan bertujuan menggalakkan sukan mempertahankan diri di samping mengukuhkan Sarawak sebagai kuasa besar dalam sukan taekwondo "Melalui pertandingan ini, kami berharap dapat memberikan pendedahan kepada para peserta selain membangukan sukan berkenaan di negeri ini.

"Kejohanan itu juga landasan terbaik kepada para peserta mempertingkat kemahiran diri dalam sukan berkenaan, sekali gus membantu negeri menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujar beliau.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Koh dijangka merasmikan pembukaan kejohanan itu yang dijadualkan bermula pada jam 11 pagi pada 23 Mac depan.

Majlis penutupannya dijangka disempurnakan Lembaga Teknikal Taekwondo Malaysia, Dhanaray Rassiah pada jam 1.

30 petang pada keesokan harinya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads