11 di kanowit sarawak - Google Blog Search |
Jangan mudah 'dibeli' dengan wang ringgit - The Borneo Post Online Posted: 09 Mar 2013 02:08 PM PST Posted on March 10, 2013, Sunday KANOWIT: Masyarakat Dayak diingatkan supaya tidak mudah 'dibeli' dengan wang ringgit oleh pihak tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, masyarakat Dayak harus mempertahankan maruah diri sendiri serta tidak mudah tunduk serta terpedaya disebabkan wang ringgit yang menjadi 'umpan' pihak tertentu untuk meraih undi. "Berapalah sangat wang yang diberikan oleh pihak tertentu kepada anda jika dibandingkan dengan masa depan yang terjamin di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN). "Jumlah wang yang diberikan itu mungkin tidak ternilainya dengan pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN. "Justeru, jangan disebabkan wang ringgit yang diberikan oleh pihak tertentu anda tersalah pilih pada PRU13 ini seterusnya merugikan diri sekali gus menggelapkan masa depan diri sendiri," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Malam Mesra BN Parlimen P.210 Kanowit yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Kanowit di sini, malam kelmarin. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Menteri Muda Pelancongan Datuk Gramong Juna, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) Datuk John Sikie Tayai serta Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wilfred Rata Nissom. Hadir sama Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent serta tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Maurice Giri, Wilson Nyabong Ijang dan Richard Will. Masing yang juga Presiden PRS berkata, pihak tertentu mungkin akan menggunakan taktik wang dalam politik mereka termasuk di Kanowit bagi mengaburi mata rakyat. "PRS di sini (Kanowit) akan menghadapi tentangan daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada PRU13 ini. Jadi, rakyat di Kanowit khasnya Dayak harus berwaspada dengan kehadiran SWP ke sini dan jangan termakan janji yang ditawarkan mereka. "Ingat bahawa Kanowit amat memerlukan BN untuk terus membangun dan jangan gadaikan masa depan anda semua demi anak-anak kita. Kita mesti ada maruah dan harga diri. Fikirlah untuk jangka masa panjang kerana kita hidup bukannya sehari malah banyak lagi pembangunan dan kemajuan yang kita perlukan dari BN," tegas ADUN Baleh itu. Dalam pada itu, Masing menyeru para pemimpin di Kanowit agar sentiasa merendah diri dalam menjalankan tanggungjawab berkhidmat dengan rakyat. Jelasnya, ini penting bagi mengambil hati rakyat dan seterusnya meraih undi yang banyak di kalangan para penyokong parti. "Jadi wakil rakyat bukan menggalas tugas yang mudah. Rakyat adalah 'bos' kita. Sebagai pemimpin kita harus tunduk dan pandai mengambil hati rakyat. "Makin ramai rakyat menyenangi sikap anda, makin banyaklah undi yang akan anda perolehi. Ini kerana kemenangan seseorang wakil rakyat adalah bergantung kepada undi yang banyak," katanya lagi. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di kanowit sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan