11 di sibu sarawak - Google Blog Search |
Perenang KASA melakar kejayaan cemerlang <b>di Sibu</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 08 Mar 2013 08:19 AM PST Posted on March 9, 2013, Saturday KUCHING: Pasukan renang Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA) 2010 melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sarawak kali ke-40 yang diadakan di Sibu pada minggu lepas. Mereka berjaya membawa pulang 24 emas, 34 perak dan 33 gangsa. Perenang KASA, Roydon Ong paling mencuri tumpuan setelah memecah dua rekod lama, manakala Adrian Chua mencipta satu rekod baharu pada kejohanan selama tiga hari yang berlangsung di Kolam Renang Bukit Lima. "Perenang Sukan Malaysia (SUKMA) telah menunjukkan keupayaan sebenar dan kita berjaya mengekalkan status selaku kuasa dalam sukan ini di Sarawak," jelas ketua jurulatih KASA 2010 Anthony Kong. Beliau sangat gembira melihat perenang muda terutama dari Kumpulan C dan D menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kategori antara bahagian. Kong yang juga penasihat KASA berkata, prestasi pasukan yang diwakili oleh 42 perenang termasuk enam bagi kategori terbuka sangat memuaskan. "Kategori terbuka bagi lelaki dan wanita merupakan acara baharu yang diperkenalkan oleh Persatuan Renang Amatur Sarawak pada kejohanan ini. "Bagi saya, tujuan ini sangat baik memandangkan had umur untuk menyertai SUKMA adalah 21 tahun dan ia memberi peluang kepada mereka yang tamat persekolahan untuk terus bertanding," katanya. Sementara itu, Roydon, 17, merangkul lima emas, tiga perak dan satu gangsa dalam kategori Remaja Lelaki A. Beliau yang mewakili Sarawak pada Sukma XV tahun lepas berjaya memadam rekod Wong Ik Hui, 25, dari Persatuan Renang Amatur Sibu dalam acara 100m kuak kupu-kupu dengan masa terpantas 58.57s. Rekod lama adalah 58.66s yang dicatat oleh Ik Hui pada tahun 1998. Satu lagi rekod baharu Roydon adalah dalam acara 100m gaya bebas dengan mencatat 54.06s, mengatasai rekod lama Daniel Bego (54.16s) yang dicipta pada 2005. Beliau turut cemerlang dalam acara 50m gaya bebas, 50m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas. Adrian Chua Wei Kiat juga mempamerkan aksi bergaya dengan mengutip lapan emas dan empat perak dalam kategori Remaja Lelaki Kumpulan D. Beliau berjaya memadam rekod Ling Yee Yeh pada 2006 dari Persatuan Renang Amatur Sibu dengan 01:04.95s. Rekod terbaharunya adalah 01:04.32s yang dicipta menerusi acara 100m gaya bebas. Penyumbang pingat emas lain ialah Zoe Tan (4) dan Cariane Chua (2). To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di sibu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan