ads

Ahad, 17 Mac 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Tips bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> - Syarafina&#39;s Story Book

Posted: 16 Apr 2012 05:47 AM PDT

Setelah beberapa hari I peram cerita ni, hari ni kena luahkan jugak.. Tak kira.. Tak kira.. Nanti basi berkulat habis tak laku.. Ni cerita yang cuti midsem hari tu lagi.. Sebenarnya, I baru je balik dari bercuti dengan keluarga I di Kuching, Sarawak 2 minggu lepas.. (Eh memang dah lama rupanya aku peram cerita nih T_T) Kitorang pergi hari Rabu 4 April, balik hari Sabtu 7 April.. 4 hari 3 malam je.. Tapi, seriously seronok weyh!
Mau tak seronok bila ma, abah, kakak-kakak, anak-anak buah semua berkumpul sama-sama??! Kak Long je tak dapat pergi.. Berkumpul sambil bercuti nih sebenarnya lain sikit feeling dia berbanding berkumpul dalam rumah je.. Lagi syokkk punya.. Hehe..
Sebenarnya, nak pergi Kuching nih dah lama dah plan.. Sejak setahun lepas lagi! Masa tuh, Abah tengah baca surat khabar.. Tiba-tiba terbelek part iklan Airasia yang gila punya murah.. I pun apa lagi, memang tak lepas peluang punya.. Terus ajak Ma Abah pergi bercuti.. Bila dah dapat persetujuan, I terus mesej Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik ajak bercuti sekali.. Hehe..
Tapi tu setahun lepas.. Pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk bulan April! Sebelum pergi Kuching, I balik bercuti kat rumah kejap 29 Mac tu.. 3 April tuh naik bas balik KL.. Sakit munggung oii duduk dalam bas 10 jam.. Ma Abah I rileks je naik flight petang tuh.. Heh..


Poyo je budak nih naik bas pakai spek hitam.. Silau arr nak tidur di siang hari.. Kurang nikmat tidur I nanti.. Hehe..
Flight nak pergi Kuching nih ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit je dari LCCT.. Dan disebabkan kitorang pergi sekeluarga, semua 11 seat kitorang conquer yoo! Dah laa ada 2 seat kosong sebab Kak Long dengan abang ipar I tak dapat ikut.. Ngeh3.. 



Satu lagi, korang tahu tak makanan dalam flight tuh adalah mahal? Mahal 2, 3 kali ganda kot daripada harga biasa.. I memang takkan pernah beli punya makanan dalam flight kecuali kalau ada orang sanggup belanja.. Contohnya, macam Kak Chik I yang belanja set nih.. Memang laju je laa I cakap nak.. Hehe.. (Kak Chik, if you read this, thank you.. Lain kali boleh belanja lagi.. hehe)
Tandoori tuh sebenarnya tipu je.. Set yang sebenar ada 2 keping sandwich besar yang boleh tahan sedap, air soya HomeSoy, dan Pringles mini.. Harga dia RM 15.. Mahal?? Murah?? 


Sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, terpelik kejap sebab ada pemeriksaan imigresen.. Nama pun Antarabangsa kan, harus lah ada pemeriksaan imigresen.. Tapi, untuk pelancong tempatan dari semenanjung, dia bagi slip imigresen je.. Slip tu wajib disimpan untuk pemeriksaan imigresen masa keluar dari Kuching nanti.. 


Soal pengangkutan, memang dah tak perlu bersusah payah nak cari dekat airport, sebab kakak I dah tempah pakej pengangkutan awal-awal dari ZamTransportation.. Kiranya, masa kitorang sampai kat airport, dah ada orang yang menunggu dengan van kuningnya.. 




Hari pertama, tak ada ke mana-mana pun.. Dalam pakej pengangkutan tu pun, hari pertama dia cuma hantarkan kami ke tempat penginapan.. Oh! Dekat sana, kitorang sewa 1 apartment 2 bilik di Ariva Gateway Kuching.. Service apartment ni sangat selesa dan ada banyak kemudahan disediakan.. 


Contohnya, dapur dan peralatan memasak sekali dengan pinggan mangkuk sudu garpu semua ada.. Dalam tandas, ada disediakan mesin basuh dan pengering juga.. Pengering tuh sangat berguna oke! Lagi-lagi bila ada kolam renang yang sangat best di rooftop tingkat 16! Weee~!! 




Sepanjang 4 hari kitorang kat sana, 3 hari berturut-turut kami sekeluarga naik ke kolam.. Hehe.. Sebab tu I cakap mesin pengering tuh sangat berguna.. Kalau tak, mana sempat kering semua pakaian mandi yang basah tu.. 


Kolam renang dekat Ariva Gateway ni sangat best sebab dari situ kita boleh tengok pemandangan kota Kuching.. Disebabkan kolam renang ni dekat tingkat atas, air dia sangat laa sejuk ditambah dengan keadaan berangin.. Sampai menggigil gigil.. Lagi best, bila waktu sunset.. Cantik sangat subhanallah.. 




Makan malam hari pertama dekat Topspot Seafood Food Court.. Mulanya tercari-cari juga Topspot Seafood ni.. Sebab sepatutnya berdekatan je dengan apartment.. Rupanya?? Betul-betul sebelah apartment kami! 2 minit je kot berjalan dari apartment.. 



Di food court ni ada banyak kedai makan boleh dipilih.. Pilihan kami, kedai ABC kat belakang tu.. Kakak I cakap, kawan dia yang rekemen.. Tapi, bagi I kurang sedap sangat laa.. Sebab udang celup tepung dia manis! Lagi satu, bila kitorang duduk je, ada 2, 3 orang dari kedai yang berbeza akan datang untuk ambil order.. Jadi, jangan terus order je.. Tanya dulu diorang dari kedai mana.. 




Perut pun dah kenyang, masa untuk balik tidur dengan nyenyaknya!


Nota kaki: Dah panjang sangat dah ni.. Termuntah hijau nanti korang baca banyak-banyak.. Hehe.. Sambung part 2 pulak nanti.. 


Nota kaki II: I memang jakun.. Dah 21 tahun hidup kat bumi Malaysia, tapi ni baru kali pertama jejak kaki ke Borneo..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved