ads

Isnin, 14 Januari 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


DAP akan meletakkan calon <b>di Serian</b> dan Sri Aman – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2012 03:50 PM PST

Posted on November 27, 2012, Tuesday

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Serian dan Sri Aman Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Usaha untuk menawan dua kawasan luar bandar itu turut mendapat sokongan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap pada ceramah DAP di pekan Serian malam Sabtu lepas.

Susulan sokongan itu, secara tidak langsung mengesahkan Edward Andrew Luwok sebagai calon Serian dan Leon Jimat Donald sebagai calon Sri Aman.

"Leon dan Edward tidak akan lari daripada cabaran dan mereka akan berjuang demi rakyat tidak seperti ahli politik BN.

"Justeru, tolong janji dengan saya bahawa anda akan menyokong mereka apabila mereka mengharungi Pilihan Raya Umum kelak," katanya.

Jika dimuktamadkan kelak, ini merupakan kali pertama DAP bertanding di kerusi Serian dan Sri Aman yang mana mendapat minat daripada PKR yang juga merupakan salah satu daripada parti Pakatan Rakyat.

Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP Datuk Richard Riot untuk tempoh lima penggal manakala Sri Aman disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi PRS Masir Kujat sejak 2008.

Dianggarkan sekitar 1,000 orang penyokong berkumpul untuk mendengar ceramah itu malam Sabtu lepas di hadapan Pusat Khidmat DAP Serian yang merupakan sebahagian daripada agenda DAP menawan kawasan luar bandar.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved