Sabtu, 5 Januari 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


arip ameran ketuai ceramah merdeka rakyat <b>di samarahan</b> - WIRA <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 06:24 AM PST

Selepas kegagalan Ceramah Merdeka Rakyat bersama Che'gu Bard di Samarahan pada Disember lepas, calon PKR Sarawak di Parlimen Samarahan, Arip Ameran sekali lagi akan membawa Ceramah Merdeka Rakyat di Samarahan. Kali ini lebih gempak dan lebih meriah dengan menjemput Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Nuar Liwat untuk berceramah pada Ahad, 6 Januari 2013 di Desa Ilmu, Samarahan.
Ini susulan pendedahan blog Wira Kenyalang dan kumpulan Bloggers Anak Sarawak™ yang mewar-warkan tentang kehadiran penonton hanya seramai 40 orang. Lebih tepat lagi kerusi lebih ramai daripada penonton. Atas sebab itu, Arip Ameran dan PKR Sarawak terpaksa 'menjemput' Anwar Ibrahim agar penonton yang akan hadir lebih ramai daripada sebelumnya.
Selain Anwar, penceramah PKR yang akan memberikan ucapan ialah bekas  UMNO Lajim Ukim, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, Pengerusi Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atau lebih manja panggilannya Mak Lampir, ADUN Krian Ali Biju dan beberapa pemimpin PKR Sarawak yang lain. Pada malam itu, calon PKR di Parlimen Samarahan yang juga bekas calon PKR di DUN Asajaya, Arip Ameran akan mengetuai Ceramah Merdeka Rakyat di Samarahan.
Dijangkakan isu yang akan dibangkitkan Arip Ameran pastinya isu feri di Muara Tuang, isu tanah yang menjadi santapan harian PKR apabila mengadakan ceramah, isu rasuah dan isu Audit Negara 2012.
Untuk mengingatkan dirinya supaya tidak lari ikut skrip, Arip Ameran akan sentiasa berceramah dengan membawa sekeping nota supaya fitnah yang disampaikan tidak berbeza dengan apa yang telah dirancang PKR. Inilah perlakuan seorang seorang peguam syariah yang dikatakan handal di Sarawak oleh sesetengah penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang.
Manakala, selebihnya isu nasional yang menjadi modal untuk menjerat rakyat Samarahan dan Sarawak untuk mengundi Pakatan Pembangkang dalam PRU-13.
Diandaikan isu nasional yang dibawa Anwar Ibrahim antaranya Rosmah-Deepak, isu pembelian Scorpene, pembunuhan Altantuya, rasuah BN dan beberapa isu menjelang PRU-13.
Di antara isu yang tidak akan disentuh Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Sarawak ialah isu pengambilan tanah di Kelantan oleh pemimpin DAP Perak, Amanat Haji Hadi, kes saman Anwar Ibrahim terhadap S.Nalakaruppan, Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu, isu-isu besar Selangor dan banyak lagi.
Buat rakyat Samarahan jangan lupa datang menyaksikan Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR Sarawak dengan kerjasama PKR Samarahan. Selepas dengar ceramah keesokan harinya jangan lupa baca Utusan Melayu dan blog-blog Bloggers Anak Sarawak untuk mendapat kebenarannya. Ini kerana apa yang diperkatakan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak hanyalah spekulasi dan selebihnya janji gula-gula politik.
Janji atau manifesto Selangor PRU 2008 pun sehingga kini masih belum ditunaikan dan kini sudah hampir masuk PRU-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads