Khamis, 22 November 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Hospital Daro amat perlu doktor pakar | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:14 PM PST

KUCHING: Hospital Daro amat memerlukan khidmat doktor pakar bagi mengatasi masalah pesakit yang memerlukan, kecemasan dan kritikal, khasnya bagi masyarakat di DUN Jemoreng dan DUN Dalat.

Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng) berkata, sepanjang tahun 2011, seramai 167 pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan pakar dengan menggunakan bot dan ambulans.

"Jumlah ini meningkat kepada seramai 250 pesakit sepanjang tempoh Januari hingga November 2012.

"Malah, masyarakat di konsti-tuensi DUN Jemoreng dan DUN Dalat berkongsi perkhidmatan kesihatan terletak di Hospital Daro," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2013) 2012 dan Resolusi merujuk Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 pada persidangan DUN di sini, semalam.

Menurut Abu Seman, lebih membimbangkan, selain jarak jauh Hospital Daro dari Jemo-reng iaitu 25 kilometer, ter- dapat masalah pengang- kutan berikutan kelewatan feri di Daro untuk ke Sibu, jelas- nya.

"Malah, keadaan boleh menjadi lebih membahayakan apabila ada pesakit terpaksa dibawa menggunakan bot pada waktu malam," tegasnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan atau syarikat swasta dibenar membina kilang sawit di kawasan ladang sawit rakyat seluas 2,600 hektar di Igan.

Kilang itu, katanya, akan menerima buah sawit dari ladang FELCRA seluas 4,800 hektar dan daripada pekebun kecil sekitar 500 hektar.

"Saya juga memohon kepada pihak berkaitan agar dapat menghantar dan mengagihkan Tangki Air 1Malaysia dengan segera ke kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di kawasan tebing Sungai Igan," katanya.

Pada masa yang sama, Abu Seman juga mencadangkan Kompleks Polis Diraja Malaysia di Matu dibina segera kerana balai polis sedia ada masih menumpang di bangunan Pejabat Daerah Matu.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Gaya hidup moden harus diimbangi nilai-nilai moral – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 03:04 PM PST

Posted on November 21, 2012, Wednesday

SIBU: Gaya hidup moden harus diimbangi dengan nilai-nilai moral, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Menurutnya, ini penting bagi membolehkan masyarakat membuat resolusi pada tahun baharu yang berfungsi seperti kompas untuk membimbing mereka ke arah kebaikan dalam kehidupan.

Sebagai contoh, jelasnya, mereka yang bekerja jauh dari ibu bapa harus melawat ibu bapa mereka supaya mereka tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai anak untuk menjenguk orang tua.

Abu Seman yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata demikian semasa melawat seorang warga emas yang sakit di Kampung Trang, Matu, dekat sini sempena sambutan Maal Hijrah 1434H baru-baru ini.

Turut menemani beliau ialah Ketua Kaum Bagus Rail.

"Kita mesti menjadikan ia satu titik untuk tampil dengan resolusi pada tahun baharu ini danbergerak ke hadapan supaya kita boleh berjaya dalam apa jua usaha kita.

"Kita perlu mengubah gaya hidup kita sendiri dengan lebih baik seperti menjenguk ibu bapa walaupun kita bekerja di kota.

"Dengan cara itu, ibu bapa kita akan dapat merasakan diri mereka dihargai serta disayangi sekali gus tidak membuat mereka bimbang semasa kita berada jauh dari mereka," katanya sambil menambah, lawatan itu adalah sebahagian daripada rutin hariannya untuk menjaga kebajikan pengundi di kawasannya.

Semasa lawatan itu, Abu Seman turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban warga emas terbabit.

Beliau menegaskan generasi muda perlu dididik untuk belajar menghargai ibu bapa mereka dan nilai-nilai itu harus diterap dalam setiap masyarakat.

Sehubungan itu, Abu Seman menyeru masyarakat kampung yang bekerja di kota agar tidak terlalu mengikut gaya hidup moden kerana bimbang nilai-nilai moral akan runtuh seandainya tidak bijak menguruskan kehidupan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads