ads

Sabtu, 29 September 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Universiti Kolej Teknologi Bakal dibina <b>di Sibu</b>, <b>Sarawak</b>. - Pengerindu

Posted: 11 Sep 2012 01:36 AM PDT

SIBU - Pembinaan Universiti Kolej Teknologi Sarawak di sini bakal melahirkan pakar dalam bidang teknikal dan teknologi untuk menampung tenaga kerja projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Komuniti Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh.

Beliau berkata projek SCORE memerlukan ramai tenaga kerja dan pembinaan Universiti Kolej Teknologi Sarawak dilihat mampu untuk menampung keperluan itu.

"Taman teknologi, perpustakaan digital dan stadium tertutup merupakan prasarana yang akan dibina di dalam universiti ini," beliau berkata demikian dalam sesi dialog dengan persatuan-persatuan dan komuniti Cina di sini hari ini.


Beliau berkata taman teknologi ini akan menempatkan pakar-pakar untuk membuat penyelidikan selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan kelak.

"Pembinaan universiti ini juga akan membuka lembaran baru kepada taraf pendidikan selain daripada menyumbang kepada pembangunan di Sibu," katanya.

Beliau berkata ia juga diharap dapat menarik minat pelajar dari negara luar seperti pelajar dari China dan Indonesia untuk melanjutkan pelajaran di sini.

"Yuran universiti ini juga adalah lebih murah berbanding University Swinburne dan University Curtin di negeri ini," katanya.

Sementara itu, beliau juga menyeru pakar-pakar dan tenaga pengajar kelahiran Sibu yang berada di luar negara untuk kembali mencurahkan bakti di universiti ini.

"Fasa pertama pembinaan universiti ini akan siap pada Julai tahun depan dan proses pembelajaran dijangka bermula pada September," katanya.- Bernama

Bonus:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved