11 di lawas sarawak - Google Blog Search |
Gambar Ketegangan Berlaku <b>Di Lawas Sarawak</b> Posted: 24 Sep 2012 10:18 PM PDT LAWAS: Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah ini termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam di sini malam Jumaat lepas. Beliau berkata ketua masyarakat dan polis sudah diingatkan agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah ini. "Saya ada menghubungi polis dan ketua masyarakat agar mereka sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab untuk memastikan tahap keselamatan terus terjamin berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati ekoran kes pembunuhan kejam baru-baru ini," katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi semalam. Henry menjelaskan bahawa tahap keselamatan di Lawas adalah stabil walaupun ada beberapa pihak cuba menimbulkan perasaan tegang dan tidak berpuas hati. "Kita minta polis, ketua masyarakat dan orang awam sendiri mengambil tindakan wajar supaya insiden serupa tidak berulang dan tahap keselamatan di daerah ini sentiasa terjamin," tegasnya. Residen Limbang Maria Hasman dalam pada itu memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan esok (hari ini) bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas. "Isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini bukan saja berkaitan dengan insiden pembunuhan tetapi juga usaha berterusan pihak kita dan ketua masyarakat lain dalam memastikan ketenteraman awam di bandar ini sentiasa terjamin," ujarnya. Maria turut meminta orang ramai agar tidak mendengar sebarang maklumat yang tidak sahih selepas berlakunya insiden pembunuhan baru-baru ini. "Biarkan pihak polis menjalankan kerja mereka (siasatan) untuk memastikan keselamatan terus terkawal," tegasnya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Lawas DSP Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Utusan Borneo semalam memberitahu, seramai 11 suspek sudah ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian menggemparkan itu. Pada malam Jumaat lepas, seorang remaja berusia 19 tahun dibunuh kejam dalam satu kes pergaduhan di bandar ini. Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai dipukul dengan objek keras di bahagian belakang kepala dan telah ditikam dengan pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya. Siasatan awal polis mendapati mangsa diserang lebih daripada seorang suspek di hadapan sebuah pusat kafe internet di bandar ini. Polis juga mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan punca pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam. Utusan Borneo difahamkan ia merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini. |
You are subscribed to email updates from di lawas sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan