ads

Selasa, 24 Julai 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Lelaki dari <b>Sibu</b>, <b>Sarawak</b> Ditembak Mati <b>di</b> Sg Buloh Country Resort <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 01:11 AM PDT

MATI: Anggota Polis Forensik mengangkat mayat seorang lelaki yang dipercayai ditembak di Country Resort Saujana Utama, Sungai Buloh di Kuala Selangor, semalam
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam  keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.
Beliau berkata, polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.
Mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved