11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search |
Hasrat Larry bertanding <b>di Lubok Antu</b> ditolak | PBB Demo Site Posted: 11 Jul 2012 07:56 PM PDT LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti umpama mencurah air ke daun keladi. Ini berikutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masir Kujat di Sri Aman. Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Kaunselor Bangkong Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding di kawasan yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya. "Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Sehubungan itu Bangkong mengajak pengundi di Parlimen Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Datuk Sng Chee Hua itu sekiranya hasratnya hendak menentang Nyalau menjadi kenyataan kelak. Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau. Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin daripada kalangan pengundi di Selangau. Sementara itu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Kaunselor Sibat Krutap menasihati pengundi di kawasan Lubok Antu terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu. Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry yang bukan asal orang Lubok Antu. Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/12/hasrat-larry-bertanding-di-lubok-antu-ditolak/#ixzz20NCFLuWM |
You are subscribed to email updates from di lubok antu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan