ads

Isnin, 11 Jun 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


sarawakpage » Projek pembinaan Jalan Miri-<b>Marudi</b> bernilai RM59 <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 06:26 AM PST

TURUN PADANG: Uggah (empat kiri) ketika meninjau projek Jalan Miri-Marudi semalam sambil ditemani Manyin (dua kanan).

MIRI: Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi yang bernilai RM59.5 juta berjalan lancar dengan 23.5 peratus daripada kerja-kerja pembinaannya telah disiapkan setakat ini iaitu mendahului jadual yang ditetapkan.

Kerja-kerja pembinaan projek jalan sepanjang 52km yang merangkumi pembinaan enam jambatan Bailey termasuk sebuah jambatan yang terpanjang iaitu merentangi Sungai Arang dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 Februari tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika meninjau projek berkenaan semalam turut melahirkan rasa gembira atas kelancaran projek berkenaan.

"Saya berasa amat gembira dengan kelancaran projek tersebut setakat ini.

"Berdasarkan jadual, kerja-kerja tersebut siap sebanyak 19.5 peratus, namun kita mendahului jadual dengan 23.5 peratus kerja telah disiapkan setakat ini," ujar beliau lanjut.

Nescaya katanya, apabila siap sepenuhnya nanti, projek berkenaan akan mampu memberi seribu kegembiraan kepada rakyat di Miri dan Marudi yang telah sekian lama mengimpikan jalan raya yang sempurna dan selesa.

Dalam pada itu menurut Douglas, projek berkenaan telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni.

"Ini merupakan salah satu projek yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri yang lepas. Apa yang kerajaan janjikan telah ditunaikan," ujar beliau sambil menambah kerajaan bukan menabur janji kosong tetapi sebaliknya menyelesaikann masalah rakyat.

Beliau yang tiba di sini untuk diamanahkan meninjau kesemua projek yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila telah siap sepenuhnya nanti, Jalan Miri-Marudi akan tetap diselenggara pihak ATM untuk tempoh tiga tahun, sebelum ia diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Keutamaan kita ialah perhubungan antara Miri dan Marudi.

"Apa yang penting ialah jalan ini lebih baik daripada yang ada sekarang ini serta dapat dilalui dengan selamat dan selesa," katanya sambil menambah objektif kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan terbabit telah tercapai.

Turut hadir melawat ke tapak projek jalan berkenaan semalam ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin Jaong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Komander 9 Briged Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.

Source: Utusan Borneo

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved