Gua <b>di Sarawak</b> | Tempat Menarik <b>di</b> Malaysia !! Posted: 06 Jun 2012 06:29 AM PDT
Number of View: 105 Banyak gua yang sering menjadi tumpuan kunjungan ramai di Sarawak, terutamanya Gua Niah dan Gua Angin.Gua Niah, gua yang terbesar di Malaysia yang telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak turut menjadi antara gua batu kapur terbesar di dunia. Gua di dunia ini terletak kira-kira 90 kilometer dari Miri, Sarawak. Gua Niah mempunyai keluasan 12. Manakala jarak Gua Angin terletak di daerah Bau, Kuching, dengan jarak daripada bandar utama Kuching adalah kira-kira 45 minit perjalanan selain bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Kawasan Bau yang sememangnya kaya dengan sumber batu kapur asli mengakibatkan banyak gua yang wujud. Kawasan lingkaran gua tersebut dinamakan Bau Formation. Keunikan gua ini adalah gua di kawasan tersebut pada zaman dahulu dihuni oleh manusia zaman dula kala ketika sumber aliran air boleh dijumpai di dalam gua tersebut. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan gua di Sarawak, sila layari laman berikut: 1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Niah 2) http://cutidikuching.com/tempat-menarik/wind-cave-gua-angin Gunung tertinggi di Sarawak Walaupun namanya tidak begitu gah seperti Gunung Kinabalu, namun Gunung Mulu yang mempunyai ketinggian 2422 meter dan 7946 kaki merupakan gunung tertinggi di Sarawak mempunyai pesona yang tersendiri. Pelbagai misteri yang tidak terungkai di samping keindahan flora dan faunanya menggamit pengunjung. Usaha menawan gunung ini cukup sukar sehingga hanya mereka yang lasak mampu menawan gunung tersebut. Perjalanan yang bermula di Lawas menggunakan pacuan 4 roda melalui laluan balak ke Pa'Rabata sekurang-kurangnya 5 jam, kemudian perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki merentasi denai ke Lapo Bunga selama 4 jam. Walaubagaimanapun, pendaki perlu bermalam di Lapo Bunga sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya ke puncak Batu Lelanit yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum sampai ke puncak Batu Lelanit yang setinggi 2248 meter. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan gunung tertinggi di Sarawak, anda boleh layari laman berikut: 1) http://mytripadventure.blogspot.com/2010/04/12-gunung-tertinggi-di-malaysia.html 2) http://www.miricommunity.net/viewtopic.php?t=3289
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan