di negeri sarawak - Google Blog Search |
HBN 2012 – Booth <b>Negeri Sarawak</b> Diserang - MELANAU BLOGGER Posted: 23 May 2012 07:46 AM PDT PUTRAJAYA 23 Mei – Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya juga melibatkan booth-booth yang dibawakan khas oleh Jabatan Budaya Dan Sukan setiap negeri di Malaysia. Antara booth yang menarik ialah Booth yang dibawa khas dari negeri Sarawak. Mengikut kiraan pengunjung pada jam 2.30 petang pada hari pertama HBN 2012, Booth Negeri Sarawak mencatatkan kunjungan seramai hampir 400 pengunjung yang mendaftarkan diri berdsarkan buku pelawat yang disediakan. Booth negeri sarawak bagaikan diserang kerana terdapat tarikannya yang tersendiri. Antara yang menarik dipamerkan di booth negeri sarawak ialah Ke semua petugas memakai pakaian tradisional kaum Iban dan kaum-kaum yang lain. Pameran barangan kraftangan yang dihasilkan oleh pelbagai jenis suku kaum di Sarawak juga turut dipamerkan. Demonstrasi membuat kek lapis juga dipersembahan di situ. Booth Negeri Sarawak juga membawa Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak untuk mempromosikan Sarawak Rain Forest yang diadakan pada bulan Julai setiap tahun. seramai 25 petugas yang dibawa dari negeri Sarawak bekerja keras untuk menjayakan Himpunan Belia Negara pada tahun ini. Walau bagaimana pun, semua booth atau pavilion setiap negeri dikunjungi oleh ramai sekali pengunjung yang terdiri dari semua peringkat umur. Diharap kemeriahan HBN tahun 2012 akan mendapat sambutan yang lebih hangat sehingga ke hari yang terakhir. -SGB Layari laman Sekretariat HBN 2012 untuk dapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai acara menarik.
Artikel Berkaitan, |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan