11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Gambar Sekitar Pikom Pc Fair <b>di Kuching Sarawak</b> - PENGUMPUL <b>...</b> Posted: 08 Apr 2012 03:07 AM PDT Lokasi : BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING Lokasi Pikom Pc Fair seterusnya di bahagian Sarawak adalah di Sibu pada 27 - 29 April 2012. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati promosi hebat ini!!! |
Menelusuri Tempat bersejarah <b>di Kuching</b> (<b>Kuching</b> Waterfront <b>...</b> Posted: 17 May 2012 05:49 PM PDT Pengalaman berkunjung ke Kuching, Sarawak merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tujuan sebenar datang ke sana adalah atas urusan kerja, tapi peluang seperti ini turut saya kongsikan bersama keluarga. Maklumlah, bukan selalu berpeluang seperti ini, jadi tidak salah jika perjalanan kerja diselitkan dengan aktiviti melancong. Setelah selesai segala urusan kerja saya mengatur jadual lawatan pula. Siri jelajah hari pertama tertumpu di sekitar Bandaraya Kuching. Saya difahamkan ada banyak bangunan bersejarah di sini. Perjalanan dimulakan dari hotel penginapan (Harbour View Hotel), menyusuri beberapa jalan utama di sini hinggalah sampai ke Kuching Waterfront. Kuching Waterfront
Apa yang menarik di Kuching Waterfront ini bukan sekadar pada pemandangan sekitarnya tetapi juga dari sudut rekaan dan seni bina kawasan tersebut. Tidak hairanlah jika Kuching Waterfront pernah menerima anugerah seni bina antarabangsa pada tahun 1994, iaitu:
Sarawak River Cruise – MV Equatorial menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Sarawak. Waktu perjalanan 5.30 p.m – 7.00 p.m (1 jam 30 minit), 7 hari seminggu. Bayaran untuk seorang sekali perjalanan ialah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak (4 – 12 tahun). History Walk
kerana saya cuma sempat mengambil gambar hingga ke History Walk yang ke-9. Pada setiap History Walk ini ditulis sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Negeri Sarawak. History Walk 5 (kiri): 1839-1841 – Seorang pengembara Inggeris, James Brooke tiba di Kuching dengan Kapal Royalist pada 15 Ogos 1839. Raja Muda Hashim memohon bantuan James Brooke untuk mententeramkan para pemberontak yang menentang Sultan Brunei. History Walk 9 (bawah): 1941-1946 – Sarawak ditakluki tentera Jepun pada tahun 1941. Para anggota bersekutu ditahan dan dipenjarakan dan penduduk tempatan menderita. Tentera Jepun tewas apabila tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Raja Vyner Brooke kembali memerintah Sarawak untuk tujuh puluh lima hari. Muzium Sejarah Cina
(Saya akan kongsikan juga pengalaman berada di dalam Muzium Sejarah Cina ini dalam catatan akan datang) Arca (sculpture): Celebration of Sarawak
Bangunan Astana The Square Tower (Detention Camp)
The Old Courthouse
Di bahagian hadapan bangunan mahkamah lama ini terdapat sebuah monumen Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Monumen setinggi 6 meter tinggi ini dibina pada tahun 1924. Terdapat panel 4 angka pada monumen ini yang mewakili masyarakat Sarawak – Cina, Dayak, Kayan dan Melayu. Selain daripada bangunan dan monumen yang ada di atas terdapat beberapa lagi tapak bersejarah di sekitar bandar Kuching, antaranya Sarawak Steamship Building, Bangunan Pejabat Pos, Round Tower, The Pavillion, dan Fort Margherita. Tapi disebabkan waktu untuk melawat di kawasan Bandaraya Kuching agak terhad, tidak semua tempat tersebut sempat dilawati. Mungkin suatu hari nanti apabila ada kesempatan datang semula ke Sarawak, tempat tersebut akan dimasukkan dalam senarai lawatan. Nota penulis: Sesetengah maklumat yang dipaparkan di sini adalah hasil pengamatan penulis sendiri di samping rujukan daripada beberapa sumber. Penulis memohon maaf jika ada maklumat yang salah terkandung dalam catatan ini. dipetik dari kulanzsalleh.com |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Assalamualaikum tuan. Saya Editor Buku Sekolah ingin memohon ihsan untuk menggunakan gambar Kuching Waterfront dalam Buku Teks Pendidikan Moral. Harap tuan dapat menghubungi saya melalui e-mel hadi@dbp.gov.my. Terima kasih.
BalasPadam