Khamis, 17 Mei 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Hujan tidak jejas kunjungan Krismas - sarawakpage

Posted: 27 Dec 2011 01:46 AM PST

Amalan kunjung-mengunjung diteruskan oleh masyarakat pelbagai kaum

KUCHING: Meskipun hujan lebat turun sejak malam menjelang Krismas di sini, penganut Kristian tidak menganggap ia sebagai penghalang untuk meraikannya dan berkunjung ke rumah terbuka.

Hari Krismas disambut secara sederhana di bandar raya ini dengan para penganutnya bersembahyang di gereja pada pagi Ahad.

Jalan raya di sekitar bandar raya ini turut kelihatan lengang dengan kenderaan apabila ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Kesederhanaan sambutan perayaan tersebut juga dapat dilihat dengan rumah terbuka anjuran menteri-menteri dan orang kenamaan lain.

Pada hari pertama, 25 Disember, cuma Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom yang mengadakan rumah terbuka.

Selain berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-taulan, orang ramai turut menyampaikan ucap selamat meraikannya menerusi Facebook.

Bermula hari menjelang Krismas, Facebook dipenuhi dengan foto dan kad ucapan Hari Krismas.

Perayaan seumpama ini merupakan ruang bagi penduduk Sarawak berbilang kaum mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu, seramai 22 bayi dilahirkan di Hospital Umum Sarawak (HUS), seorang di Hospital Bau dan seorang di Hospital Lundu pada Hari Krismas.

Di Limbang, perayaan Krismas berlangsung dengan penuh meriah kerana turut dirai oleh pelbagai kaum dan agama bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Amalan kunjung mengunjung yang menjadi budaya masyarakat Malaysia di negara ini berjaya menyatukan dan mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk di sini.

Turut tidak ketinggalan mengadakan kunjungan ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Kota dan Batu Danau di kediaman kawan-kawan dan masyarakat beragama Kristian kelmarin. Hadir sama ialah Ketua Pemuda PBB Bukit Kota merangkap Walikota Majlis Daerah Limbang Sufian Mohat dan ahli Pemuda yang lain.

Sementara itu di Lawas, amalan kunjung mengunjung memeriahkan lagi sambutan perayaan Krismas setiap tahun.

Kediaman Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung turut menjadi  tum-puan dan dilawati beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) dan penduduk di Lawas.

Turut melakukan kunjungan kediaman Henry kelmarin ialah Pengerusi Parti Raktar Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lawas Kaunselor Liaw Ho Peng, Pengerusi Wanita SUPP Liaw Chai       Suan dan ahli-ahli parti ter-sebut.

Selain kediaman Henry, mereka turut mengadakan kunjungan Krismas ke kediaman Pengerusi SUPP Cawangan Trusan Tamit Tangi.

Source: Utusan Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads