ads

Selasa, 24 April 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


109 Penduduk <b>Simunjan</b> Terima Pampasan Tanah RM564,112.95 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:42 AM PST


MOHD. Naroden Majais (tiga dari kiri) menyampaikan cek pampasan tanah kepada seorang penerima di Simunjan, Sarawak, baru-baru ini.
SAMARAHAN 16 Feb. – Seramai 109 penduduk telah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM564,112.95 menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Setia, Majlis Daerah Simunjan dekat sini baru-baru ini.
Kesemua cek itu disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Bumiputera negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
Mohd. Naroden berkata, penyerahan pampasan tersebut menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan merampas tanah rakyat tanpa membayar sebarang pampasan.
"Kerajaan akan membayar pampasan terhadap tanah milik penduduk yang diambil alih bagi tujuan pembangunan mengikut prosedur tertentu mengambil kira nilai pasaran semasa tanah tersebut," katanya di sini.
Mohd. Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata, tanah yang dibangunkan oleh kerajaan itu sudah pasti memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup penduduk sendiri.
Ini kerana katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk melaksanakan pelbagai projek di kawasan Simunjan supaya rakyat dapat menikmati kemajuan.
Justeru, beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk di kawasan Simunjan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang sengaja memburuk-burukkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada mereka.
"Jika penduduk berasa tidak puas hati terhadap perkara berkenaan maka mereka boleh mengemukakan aduan masing-masing melalui saluran yang tertentu," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved