ads

Selasa, 24 April 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Pengetua Sekolah <b>di Serian, Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.
"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 

Nasi Minyak: KOLAM AIR PANAS PANCHOR, <b>SERIAN</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 15 Aug 2011 09:11 AM PDT

Sabtu 2hb April 2011, aku pergi ke Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan. Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni mengambil masa lebih kurang 45minit. Dari Kuching, ambil jalan menuju ke Airport, seterusnya ke Batu 7, pastu Serian n pastu Siburan, barulah jumpa satu signboard kecik ke Panchor di sebelah kanan. Kolam Air Panas Panchor ni tak lah terkenal sangat di Kuching ni berbanding dengan Kolam Air Panas Anah Rais, tapi masih boleh dimajukan sebagai lokasi perlancongan dan sebagai salah satu tempat yang menarik di Kuching ni.

Mengikut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Panchor Hot Spring ini mula ditemui sekitar tahun 1840, abad ke-19, sewaktu kawasan tersebut mula diterokai untuk tujuan berhuma padi oleh En. Janang, En. Mancha, En. Ringah, En. Rangkeng dan En Nyangah. Mereka merupakan pengusaha pertama kawasan tersebut dan seterusnya pengasas kepada kewujudan Kampung Pachor Dayak yang ada pada hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk setempat, adalah dipercayai Panchor Hot Spring ini merupakan salah satu lokasi tempat mandi manda oleh puteri raja kayangan pada waktu pagi dan senja dan dengan mengamalkan mandi di Panchor Hot Spring ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai awet muda.

Jalan untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini agak sunyi dan berliku2, sesuai untuk buat drift tapi kena hati2 lah sebab jalan dia sempit, kalo terbabas konfem masuk dalam tali air. Lebih kurang 1km sebelum sampai ke Panchor Hot Spring ini, anda akan bertemu dengan jalan yang agak teruk, bukan jalan tanah merah tapi jalan berbatu kerikil yang agak besar dan berlubang2, so drive carefull y lah ye.   

 020420111115 020420111116 020420111117

Untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang dan dibuka setiap hari sampai pukul 6 petang. Ada hari yang dibuka sampai pukul 9 malam, tapi tak berapa pasti hari apa, sori ye…hehehe. Dari segi kemudahan tandas dan tempat salin baju amatlah mengecewakan, sebab terlalu kotor dan hancing. Keadaan kolam pula terutamanya papan lantai kolam amatlah licin sebab penuh dengan lumut. Khabarnya, kawasan Panchor Hot Spring ini dimajukan oleh orang perseorangan, sebab tu maintenance kawasan ini agak kureng sikit.

020420111108 020420111110 020420111113 020420111106 020420111107 020420111097

Anyway, air dia memang panas, sesuai dengan nama dia, tak macam Kolam Air Panas Bentong dekat Pahang, air dia suam2 kuku je. Saya tak berapa pasti dari mana punca air panas di Panchor Hot Spring ni, dan nak kata macam kolam pun nampak macam bukan kolam, lebih kepada parit air yang telah digali dan dibesarkan untuk tujuan mandi manda. Ulasan selanjutnya, tengok je lah gambar2 di bawah ni, kualiti gambar kurang bagus sebab ambil pakai handphone N70 je.

020420111095  020420111096 020420111099 020420111100 020420111101 020420111102

Kesimpulannya, Panchor Hot Spring ni ada potensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada produk perlancongan di negeri Sarawak ni dan Kerajaan Negeri seharusnya memberi bantuan kewangan dan lain-lain galakan kepada pengusaha Panchor Hot Spring ini.

Keseluruhannya, tempat ni bagus untuk :-

  • mandi air panas, sebab air dia memang panas
  • aktiviti santai bersama ahli keluarga di hujung minggu

Perkara2 yang perlu diperbaiki :-

  • kemudahan dan kebersihan tandas
  • kebersihan bilik menyalin pakaian yang busuk dan hancing
  • perlu ada bilik mandi tertutup, untuk pengunjung membilas dan mencuci badan
  • papan lantai kolam yang berlumut dan licin berbahaya kepada pengunjung terutama kanak-kanak
  • keadaan kolam tu sendiri, sepatutnya bersimen dan airnya dibiarkan mengalir, bukan bertakung macam parit air je
  • papan tanda untuk masuk ke kawasan kolam dan kemudahan jalanraya haruslah dipertingkatkan lagi

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved