ads

Sabtu, 3 September 2011

11 di subis sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2011 05:50 PM PDT



SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat kawasan Mukah yang hadir memeriahkan Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah malam tadi.

KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

BUKTI SOKONGAN RAKYAT

UTUSAN SIBUTI (Mukah) - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas membuktikan kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disokong kuat oleh rakyat untuk terus menajui Sarawak.

Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada malam 29 April 2011 .

Katanya, dengan kerja keras semua jentera BN bersama ahli-ahli komponen partinya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menjayakan BN menang besar pada pilihan raya lepas.

"Pada pilihan raya yang tamat malam 16 April lepas bahawa kita BN telah menang sebanyak 55 kerusi dengan peratusan berjumlah 77.5 peratus daripada 71 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang ditandingkan.

"Kemenangan ini telah membawa kita BN sekali lagi diberi mandate untuk merajui kerajaan negeri berdasarkan Politik Pembangunan mentranformasikan rakyat ke arah penpencapaian ekonomi berpendapatan tinggi selaras dengan Gagasan 1Malaysia", jelasnya.

Di Sarawak, trend politik yang ganas dan budaya samseng yang diperkenalkan oleh parti pembangkang telah ditolak oleh rakyat seluruh Bumi Kenyalang yang mementingkan keamanan, ketenteraman, kestabilan dan keharmonian.

Justeru untuk memperkasakan parti BN Sarawak sangat diharap teruskan kerja keras dan mesti memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat menjalankan tugas iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Presiden SUPP Datuk Patinggi George Chan, Presiden PRS James Masing dan wakil Presiden SPDP Datuk Peter Nansian serta ADUN-ADUN BN Sarawak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved