ads

Sabtu, 3 September 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


25 laluan maut dikenal pasti <b>di Sarawak</b> | <b>Miri</b> Today

Posted: 14 Aug 2011 01:04 AM PDT

KUCHING, 14 Ogos (Bernama) — Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sarawak mengenal pasti 25 laluan yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini, kata pengarahnya Rano Alywino Akat hari ini.

Beliau berkata laluan di Kuching yang dikenal pasti sebagai jalan maut itu ialah Jalan Sultan Tengah, Km7 hingga Km15 Jalan Matang, Jalan Stephen Yong, Batu 7 hingga 15 Jalan Kuching-Serian, Km69 Jalan Lundu dan Jalan Tabuan Jaya-Kota Samarahan.

Di Samarahan, laluannya ialah Km38 hingga Km59 Jalan Kuching-Serian, Km86 hingga Km87 Jalan Kuching-Serian dan Jalan Tondong-Bau.

Di Sri Aman, laluannya ialah Km6 dan Km106 hingga Km112 Jalan Sri Aman-Kuching, Km20 Jalan Sri Aman-Sarikei dan Km16 hingga Km19 Jalan Simpang Bukit Punda.

Di Miri, laluannya ialah Km40 Jalan Pantai Miri-Bintulu, Jalan Bakam-Luak, Km9 Jalan Pujut-Lutong, Km5 pintasan Miri dan Km13 Jalan Lambir-Niah-Bintulu.

Di Sarikei, laluan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Km33 hingga Km38 Jalan Saratok-Sarikei dan Km25 Jalan Bukit Sebangkoi; di Sibu, Batu 6 hingga 13 Jalan Oya dan batu 32 hingga 37 Jalan Sibu-Bintulu; dan di Bintulu, Km23 Jalan Bintulu-Sibu, Km15 Jalan Kidurong-Bintulu dan Km30 Jalan Similajau-Niah.

Rano berkata sejak tiga tahun lepas, terdapat peningkatan dalam jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak dan kemalangat maut turut meningkat iaitu daripada 323 kes pada 2008 kepada 332 pada 2009 dan 365 pada 2010.

"Sarawak mencatatkan kerugian daripada segi ekonomi berjumlah RM4.13 bilion antara 2000 dan 2010 akibat kematian dalam kemalangan jalan raya," katanya. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved