ads

Khamis, 22 September 2011

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Buaya Mengganas <b>di Saratok Sarawak</b> Satu Mangsa Jadi Korban <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2011 10:03 PM PDT

Lama dah kita tidak mendengar Raja Haiwan Buaya di dalam negeri mengganas sekarang nie. Hari tu "Buaya Gergasi dijumpai di Manilla", dan sekarang nie satu mangsa lelaki telah menjadi makanan sang buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban Saratok, Sarawak.

SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam.

Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri.

"Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya.
Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi.

Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu.

Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut.
Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.

"Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan.
"Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa," katanya.

Sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved