ads

Khamis, 22 September 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Beberapa laluan utama <b>di Kuching</b> ditutup sempena <b>Sarawak</b> Regatta <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 07:05 PM PDT

Posted on September 13, 2011, Tuesday

TEMASYA BERPRESTIJ: (dari kiri) Hanifah, Mun, Paul, Rahman dan Basheer (kanan) selepas selesai sesi sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.

KUCHING: Beberapa laluan di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai 15 hingga 18 September ini bagi mengelakkan kesesakan sempena berlangsungnya Sarawak Regatta 2011.

Laluan-laluan yang akan ditutup mengikut masa yang ditetapkan ialah Jalan Market/ Jalan Gambier/ Jalan Power (6 pagi – 12 malam), Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar (6 pagi – 6 petang), Jalan Khoo Hun Yeang (hadapan Balai Polis Central) (6 pagi – 12 malam) dan Lorong Dock / Jalan Lebuh Java (6 pagi – 6 petang).

Sementara itu, orang ramai dibenarkan meletakkan kenderaan di bangunan Saujana di Jalan Masjid, bangunan Medan Pelita di Jalan Lebuh Temple, Reservior Park dan Dewan Suarah di Jalan Budaya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah ACP Mun Kok Keong mengingatkan orang awam agar tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan pihak polis dari semasa ke semasa.

"Sebarang tindakan melanggar peraturan akan disaman dan kenderaan akan ditunda.

"Orang awam juga disarankan supaya berkongsi kereta bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas," katanya dalam sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.

Orang awam yang tidak terlibat atau tidak berhasrat untuk mengunjungi Sarawak Regata 2011 juga dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan-laluan yang ditutup seperti yang dinyatakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Elakkan daripada menggunakan Jalan Mc Dougall (kedua-dua hala) kerana jalan tersebut akan digunakan sebagai tempat letak kenderaan para petugas regatta dan laluan tersebut turut dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.

"Orang awam adalah dinasihatkan agar memastikan kenderaan dalam keadaan berkunci dan tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit, kamera dan sebagainya di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian jenayah berlaku," kata Mun.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak supaya sentiasa peka dan memastikan keselamatan anak-anak tanpa membiarkan mereka berjalan sendirian.

Sekiranya berlaku kejadian kehilangan anak-anak, laporan polis boleh dibuat di pondok polis yang ditempatkan di Jalan Main Bazaar (berdekatan Muzium Cina), Jalan Gambier (berdekatan Square Tower) dan di Balai Polis pelancong dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Selepas jam 11 malam, laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Sentral.

Sarawak Regatta 2011 akan diadakan di Tebingan Kuching pada 15 hingga 18 September ini, dengan 48 acara akan dipertandingkan dalam tempoh empat hari itu.

Upacara perasmiannya dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 September sementara penutupannya pada 18 September akan disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Residen Kuching Abdul Rahman Sebli Senusi, Pengarah Acara Wakeboard World Cup, Hanifah Yoong, Ketua Bahagian Pelesenan DBKU Basheer Ahmed dan Setiausaha Sarawak Regatta 2011 Paul Kawin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved