ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Lebih RM1.6j dibayar kepada 200 pemilik tanah <b>di</b> Betong <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 08:42 PM PDT

Posted on August 19, 2011, Friday

BETONG: Sejumlah RM1,680,040.82 pampasan bagi tanah berhak milik dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah dibayar kepada 200 orang penerima cek pampasan tanah yang terlibat dengan sembilan buah projek pembangunan di bahagian ini.

Projek pembangunan yang dijalankan merangkumi Bekalan Air Luar Bandar di Tengalat dan Malupa, Saratok; projek Bekalan Air Luar Bandar di Jalan Ulu Awik, Saratok; projek Jalan Kampung Babu/Kampung Bungey/Kampung Lallang, Debak; projek Jalan Lower Saribas Agriculture Development, Saribas; projek Tapak Bangunan RISDA, Saratok; projek naik taraf Jalan Kampung Seberang, Maludam; projek Jalan Betong Kayu/Malam, Betong; projek Maludam Triso Coastal Road dan projek Bekalan Air Wilayah, Saratok (Fasa I) di Saratok.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam, Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, matlamat utama kerajaan memperkenalkan Inisiatif Baru NCR adalah untuk memastikan agar semua tanah NCR disukat dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Katanya ia dilakukan sebelum langkah kedua, iaitu pengukuran secara individu dan seterusnya mengeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan Gazet di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan Sentebu, Selambong dan Muton di Saratok anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Bahagian Betong bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, kelmarin.

Awang Tengah memberitahu penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera juga adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan begitu prihatin serta melindungi hak pemilikan Tanah NCR rakyat peribumi di negeri ini.

"Rakyat harus berterima kasih kepada Dato' Sri Douglas Uggah kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan peruntukan tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

"Inisiatif Baru NCR merupakan satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi jaminan pemilikan Tanah NCR rakyat di Negeri Sarawak dan seterusnya melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini," katanya.

Tambahnya, antara kawasan yang terbabit dan sudah siap proses penyerahan warta Rizab Gunasama Bumiputera ialah merangkumi kawasan di pentadbiran ketua masyarakat, Penghulu Garan Chunggut, Tuai Rumah (TR) Renggan Bunyat, TR Anau Chula, TR Lakon Aji, TR Jawi Sangu, TR Sandah Ngaba, TR Aji Ramba dan TR Sat Seriban di kawasan Sentebu, Selambong dan Bajau di Saratok.

Pada majlis yang sama juga, Penguasa JTS Bahagian Betong yang baru, Anthony Aboi dalam ucapannya memberitahu bahawa pengukuran Tanah NCR di Bahagian Betong adalah berpandukan kepada kawasan (bawah bidang kuasa) penghulu.

"JTS dari 2008 hingga 2011 (Ogos) telah menjelaskan pampasan tanah berjumlah RM11 juta kepada 1,845 orang penerima bagi yang terbabit 46 buah projek kerajaan.

"Memandangkan kawasan pentadbiran seseorang penghulu itu agak luas maka dengan itu kita berharap agar penduduk di kawasan Betong/Saratok dapat bersabar.

"Untuk makluman, sebanyak 27 kawasan NCR yang baru telah pun kita majukan untuk mendapatkan kelulusan penyukatan," menurut Anthony.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru pemilik-pemilik tanah agar jangan terlupa untuk menjelaskan cukai tanah kerana ia adalah merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan.

"Sekiranya mempunyai masalah dan isu-isu tanah, janganlah mengadu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana isu-isu tersebut sudah tentu akan diperbesarkan. Sebaliknya kita di JTS bersedia untuk membantu dan sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka," tambahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved