ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


10 Sekolah Agama <b>di Sarawak</b> dapat bantuan — SarawakReview.com

Posted: 16 Aug 2011 12:43 PM PDT

Post image for 10 Sekolah Agama di Sarawak dapat bantuan

Sebanyak 10 buah sekolah agama termasuk dua sekolah menengah agama di Sarawak bakal menerima bantuan dan sokongan dari aspek pengurusan dan pembangunan daripada Kementerian Pelajaran.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, dengan adanya bantuan tersebut Sarawak yakin sekolah agama yang sedia ada mampu untuk ditingkatkan lagi pencapaian dan mutu pendidikannya.

"Bantuan ini bukan bererti MIS akan lepas tangan tetapi ia bertujuan menambah baik lagi mutu pencapaian sekolah agama di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MIS dan Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Pengurusan sekolah agama itu terletak di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS).Beliau berkata sekolah sekolah agama di negeri itu masih memerlukan banyak bantuan khususnya dari segi pembangunan, penambaikan, latihan warga pendidik serta tenaga guru terlatih dalam bidang Islam dan Bahasa Arab.

MoU dimeterai oleh MIS yang diwakili oleh Yang Dipertuanya Datuk Putit Matzen manakala Kementerian Pelajaran diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Rosli Mohamed.

Daud, yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam Sarawak, berkata ketika ini sekolah rendah agama ditempatkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang manakala dua sekolah  menengah agama di Kuching dan Samarahan.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga akan menambah dua lagi sekolah rendah agama di Mukah dan Kuching dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

"Kerajaan negeri telah pun meluluskan peruntukan untuk pembinaan dua sekolah agama baru di Mukah dan Petra Jaya di Kuching. Cuma di Kuching kita masih mencari tapak yang sesuai" katanya.

kredit foto

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved