Posted on 
July 22, 2011, FridayKehilangan beliau paling dirasai rakyat Limbang yang banyak menerima pembangunanLIMBANG:  Mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min yang merupakan ahli politik  ternama dan selayaknya diiktiraf sebagai 'Bapa Pemodenan Limbang' kerana  telah membawa banyak kemajuan dan membangunkan Limbang seiring dengan  kawasan lain di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail berkata pemergian beliau merupakan  satu kehilangan besar kepada negara, negeri dan terutama sekali Limbang  kerana mendiang Wong telah mempelopori projek pembangunan utama seperti  pasar, Lapangan Terbang Limbang, Golden Jubilee Waterfront, kompleks  Sukan Limbang dan kolam renang.
"Kita akan meneruskan kerja-kerja  mendiang dan generasi pemimpin baru harus mencontohi sumbangan beliau,"  katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kampung  halamannya di Jalan Pandaruan di sini semalam.
"Kami akan  sentiasa memperingati beliau sebagai orang yang telah mempelopori  pembangunan-pembangunan di Limbang dan kita seharusnya berbangga dengan  sumbangan yang telah diberikan oleh mendiang," tambah beliau.
Jenazah mendiang diterbangkan ke Limbang dari Kuching dan tiba tengah hari semalam untuk disemadikan di sini.
Antara  yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir semalam ialah Ahli  Parlimen Limbang Hasbi Habibolah dan ahli-ahli exco Dewan Perniagaan dan  Industri Cina Limbang (LCCCI) yang diketuai oleh Lim Chwee Cheng.
Jenazah  Wong akan disemadikan di tapak pengebumian milik keluarga yang terletak  tidak jauh dari kediaman pusaka keluarga mendiang di Limbang.
Mendiang  Datuk Amar James Wong Kim Min, bekas timbalan ketua menteri yang  pertama dan menteri kabinet negeri serta telah memainkan peranan utama  dalam penubuhan Malaysia meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 89  tahun Isnin lalu.
Mendiang meninggalkan isteri, Datin Amar Velerie Bong, lapan anak, 13 cucu dan empat cicit.  
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan