Ahad, 17 Julai 2011

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 07:20 AM PDT

BETONG (Sarawak), 11 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini memulakan tinjauan mesra di beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong dan Sri Aman, kira-kira 300km dari Kuching.

Helikopter, yang membawa Perdana Menteri dari Kuching, mendarat di padang daerah Saratok, kira-kira 80km dari sini pada pukul 9.30 pagi.

Najib disambut oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Peter Nyarok ak Entrie, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Krian dan Abdullah Wahab Aziz calon BN di Kalaka pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Turut hadir Residen Bahagian Betong Datuk Roni Sigan Daniel.

Sebaik tiba, Perdana Menteri terus berjalan ke arah Pekan Saratok dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga meluangkan masa beberapa minit untuk menemui penduduk di sebuah kedai kopi di situ.

Daerah Saratok mempunyai kira-kira penduduk 40,000 penduduk, kebanyakannya penanam padi dan pekebun kecil kelapa sawit.

Selepas itu, Najib berucap kira-kira lima minit kepada kira-kira 1,000 hadirin di sebuah taman rekreasi di tengah pekan Saratok.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata sejak lebih 50 tahun, kerajaan BN telah banyak berkhidmat kepada rakyat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata ini bukan kali pertama beliau datang ke daerah ini kerana sebelum ini pernah melawat ke Rumah Panjang Juliana di kawasan Krian.

Najib berkata beliau telah meluluskan projek pembinaan jalan dan loji air Sungai Krian di daerah itu.

Selepas Perdana Menteri mengakhiri ucapan beliau, hadirin melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional" sebelum orang ramai berpusu-pusu mendekati pemimpin nombor satu negara untuk bersalaman.

Najib kemudian berlepas menaiki helikopter untuk meneruskan tinjauan mesra di Kampung Beladin kira-kira 80km dari pekan Saratok. – BERNAMA

Short URL: http://sarawakupdate.com/home/?p=21852

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads