Ahad, 17 Julai 2011

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Hidup Hanya Sekali: Marine Field Work <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:55 AM PDT

pada 17-19 Jun 2011 hari sabtu hingga ahad, subjek marin dan invertebrata air tawar mengadakan satu kerja lapangan bagi mengkaji diversity of marine invertebrates from low high tide to low tide. kami dikehendaki mengkaji kepadatan dan kepelbagaian spesis invertebrata marin yang terdapat di kawasan kajian iaitu di tanjung batu.
perjalan mengambil masa 10 minit menaiki bot dari kawasan pantai menuju ke tanjung tersebut. hari kejadian adalah pada hari sabtu. ketibaan kami di lundu adalah pada sebelah malam di kawasan penginapan.kerja lapangan dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengah hari. kami dikehendaki mengira kecerunan dari kawasan high tide ke low tide menggunakan kaedah manual walaupun alat rangefinder dibekalkan. di sepanjang garis transek yang dilakukan iaitu sepanjang 50 meter, 5 kuadrat dengan 2 replika setiap satu kuadrat pada setiap stesen 10 meter dari garis permulaan dilakukan.bilangan individu dan spesis yang terdapat dalam petak kuadrat 0.5 meter persegi dicatat dan setiap satu spesis dibawa pulang ke tempat penginapan untuk melakukan proses identifikasi spesis menggunakan monograf.

sebelah malam, barbeku ikan dan ayam dibuat oleh pembantu makmal yang ada. malangnya, banyak makanan tidak habis kerana terlalu banyak yang dipanggang. tambahan pula. bilangan pelajar hanya ada 15 orang merangkumi 14 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki iaitu aku. memanglah tak habis. tapi apa-apa hal, pantai tu memang cantik. air biru bersih takdak pencemaran. tapi kat pasir tepi pantai tu yang sakit hati taik besepah. chett.

ahad pagi, pelajar dibenarkan mandi manda di pantai sebelum taklimat terakhir oleh profesor shabdin long sementara menunggu ketibaan bas pulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads