ads

Isnin, 27 Jun 2011

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Sejarah <b>Sarawak</b>: <b>Sarikei</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:47 AM PDT

SARIKEI

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.
Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.
Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved