ads

Isnin, 20 Jun 2011

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


K&#39;jaan berusaha jenamakan Kuching sebagai bandar raya <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:50 PM PDT

Posted on 20 June 2011.

PADAWAN: Kementerian Pelancongan akan mendapatkan kebenaran daripada Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjenamakan semula Kuching sebagai bandar raya taman geo (geopark).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata apabila diluluskan nanti Kuching akan dipromosi sebagai taman geo bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

"Kuching layak diiktiraf begitu kerana terdapat banyak tempat menarik seperti gunung-gunung yang cukup unik yang telah wujud sejak beratus tahun lalu.

"Oleh itu jika diluluskan nanti, Kuching akan menjagi taman geo kedua dunia di negara ini selain Langkawi," katanya sambil menambah Langkawi menjadi taman geo pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang diiktiraf UNESCO pada Jun 2007.

Beliau berkata demikian selepas majlis tutup Gawai di Kampung Bra'ang, Bayur kira-kira 58 kilometer dari Kuching, malam kelmarin (Sabtu).

Menurutnya sepanjang Jalan Puncak Borneo di Padawan, terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh dimajukan seperti gunung dan secara tidak langsung membantu mempromosikan produk pelancongan tempatan.

"Ini juga boleh menjana pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan jika mahu berlibat secara sambilan dalam industri ini seperti membawa pelancong mendaki gunung-gunung yang menarik di tempat mereka.

"Saya juga menggalakkan penduduk di konstituensi saya, jika mereka mahu terlibat dalam industri ini, pulangannya pasti lumayan, asalkan anda berminat serta komited," kata Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong.

Tedahulu beliau merasmikan jalan kampung sepanjang 200 meter bernilai RM50,000 yang memberi perkhidmatan kepada 18 pintu rumah.

Selain itu katanya, kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan mata air panas di Kampung Panchor Dayak Serian akan bermula Ogos ini selepas kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan mata air panas di Kampung Annah Rais di Padawan siap.

Hadir sama timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Mohd Hashim Yap dan Ketua Kampung Tora Jongsen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved