11 di limbang - Google Blog Search |
ISMADI YUSUF: Bila Aku Bercuti <b>Di Limbang</b> - Bahagian Pertama Posted: 15 Jun 2011 06:42 PM PDT CUTI sekolah sudah habis berlalu, dan aku baru bercuti untuk balik ke Limbang. Tiada apa-apa yang aku nak bawa bila balik ini, hanya buah tangan yang biasa sahaja. Setiap kali aku balik, pasti aku berjumpa dengan indvidu yang baru balik dari keluar di jalan Allah, iaitu seorang hamba Allah yang baru balik dari India dan Bangladesh selama 4 bulan. Berasal dari Indonesia. Beliau bercerita dengan semangatnya bila berjumpa dengan aku tentang pengalaman di 4 bulan di dua negara itu. Aku hanya diam mendengar laporan dari saudara dari Indonesia itu, sebab aku belum lagi keluar 4 bulan. Setelah mendengar laporan serba ringkas dari saudara itu, aku angkat punggung untuk mencari tempat untuk berehat, di LCCT aku terpaksa bermalam sebab penerbangan aku ke Labuan awal esok, jam 7.30 pagi. Terpaksalah aku bermalam di LCCT. Aku sememangnya tak berapa suka nak tidur di LCCT ni, tak dapat nak tidur, sejuk dan sentiasa berjaga-jaga takut kehilangan barang-barang. Biasanya, aku jarang tidur, kalau tidurpun hanya beberapa minit sahaja, tak berapa lena. Suasana di LCCT di waktu malam biasanya sibuk juga kerana pendaratan kapal terbang dari dalam negara dan luar negara. Kehadiran penumpang-pnumpang yang baru mendarat menggambarkan lagi kesibukan suasana di LCCT pada waktu malam. Jika dibandingkan dengan suasana di KLIA agak lenggang sikit pada sebelah malam. Maklumlah, AirAsia tambang murah MAS tambang mahal, tentulah pilihan lebih kepada AirAsia.Dan malam itu aku tidur dalam jaga, tertidur sekejap di surau LCCT yang kat Food Centre tapi terlampau dingin sehingga lena aku terganggu, akhirnya aku tertidur di atas kerusi tepi jalan berhampiran dengan stesen bas yang nak ke KL Sentral. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Aku bangun dalam jam 4 lebih, dekat-dekat jam 5 aku terus ke surau nak lelapkan mata tapi tak dapat. Terus sahaja aku ke tandas untuk membersihkan diri. Lepas solat Fajar aku terus ke dewan keberangkatan takut terlewat nanti. Dan aku sudah terbayang Labuan dan seterusnya Limbang... |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan