Khamis, 5 September 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Giliran <b>Sibu</b> jadi jentera gerak ekonomi <b>Sarawak</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 02:39 PM PDT

by Reno Benjamin. Posted on August 15, 2013, Thursday

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Tiab Mahmud berkata kini giliran bandar Sibu untuk menjadi jentera utama dalam menggerakkan ekonomi negeri dalam bentuk yang lain pada masa akan datang.

Katanya, Bintulu yang terkenal dengan industri gas dan perindustrian sebelum ini pernah menjadi jentera perubahan untuk negeri ini.

"Sibu akan memainkan peranan penting kerana Sibu merupakan pintu gerbang kepada pembangunan di Tunok, pintu gerbang bagi mengubah Kanowit serta pintu gerbang untuk membawa pelaburan ke Mukah serta kawasan di Samalaju dan Tanjung Manis," ujarnya.

Berucap pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di sini malam kelmarin, Taib berkata bandar Sibu tidak lagi boleh kehilangan tenaga kerja yang bijak pandai serta mempunyai kemahiran seperti dahulu.

Sebaliknya, jelas beliau, ramai golongan bijak pandai dari tempat lain akan datang berhijrah ke Sibu untuk bekerja sama ada dalam sektor perbankan, jurutera, mekanik dan sebagainya.

"Sibu juga mungkin sama-sama dengan tempat lain mempelopori pendidikan teknikal bersama Betong, Bintulu dan juga Kapit pada masa akan datang," katanya.

Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak (SCORE) yang terletak di wilayah tengah, ujar Taib, amat memerlukan ramai pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri yang wujud di koridor terbabit.

"Cara-cara kita membawa kemajuan ini berkehendakkan kepada banyak bentuk kepandaian. Oleh sebab itu, saya ingin memberi peringatan dengan peluang yang begitu tinggi, sesuaikan kepandaian kita dengan peluang itu," katanya.

Ketua Menteri juga memberitahu, selain menjadi tempat melatih ramai pekerja mahir dan teknikal, Sibu juga berperanan menjadi pusat penyelenggaraan bagi jentera-jentera berat yang dibawa masuk ke kawasan ini.

"Oleh sebab itu, maka Sibu patut menyedari di samping menjadi tempat yang akan melatih ramai pekerja teknikal, selain menjadi pusat penyelenggaraan bagi jentera-jentera yang akan datang dan digunakan di kawasan pedalaman," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perpaduan di antara semua kaum di Sibu akan membolehkan Sibu membuat persediaan ke arah itu agar Sarawak mampu menjadi pusat perindustrian utama negara menjelang tahun 2030.

Taib juga berharap, para pemimpin yang akan datang mempunyai kecenderungan untuk mengubah kehidupan rakyat menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik.

"Generasi baharu tentu akan sedaya upaya untuk mengguna dengan sepenuhnya peluang dan kelebihan yang boleh kita capai pada masa akan datang, khasnya menjelang tahun 2030 di mana Sarawak akan menjadi negeri terkaya di Malaysia," jelasnya.

Hadri sama pada majlis itu ialah isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa'ee serta yang lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Rabu, 4 September 2013

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 07:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Simunjan</b> mengkang betapi enggau penanggul suntuk ai <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 02:23 PM PDT

by Jacqueline David. Posted on July 18, 2013, Thursday

KUCHING: Pelilih menua Simunjan seruran betapi enggau penanggul suntuk ai datai ke sehari tu, taja pan di sekeda pelilih menua nadai agi betapi enggau penanggul kemarau.

Seiku orang ke diau di pelilih menua Simunjan (enggai nama iya disebut ditu) madah enti nitih ari kemari, Opis Kereja Raya (JKR) bisi nganjung ai ngagai sebuah sekula enggau sekeda genturung pendiau enggau rumah panjai di pelilih menua nya tang nitihka jam, antara pukul 3 pagi ngagai 7 pagi, enggau 4 lemai nyentuk ke 9 malam.

Ku pengajar di sebuah sekula di Simunjan madah, penanggul suntuk ai nya nyadi belabuh ari ujung bulan Jun tu tadi datai ke sehari tu.

"Pelaba aku, tu nyadi ketegal tangki ai Water Board Simunjan udah rangkai, ai enda chukup tetapika penyampau mensia mayuh ke diau di Simunjan," ku iya.

Tandu iya, pekara nya nyadi dipelaba bisi sebuah palan alai nimbun ai udah puang dikena ngemansangka Radar TUDM, dipelabaka projek seiku pemesai menua nya.

"Sekula suntuk ai, genturung pengentap pendiau Melayu, rumah panjai, pasar semua betapi enggau suntuk ai. Rumah panjai nyangka muntang mimit laban bisi sungai enggau ai ari bukit.

"Ai terejun pan udah langkang, kayu udah ditebang….Nya dipelaba ngempang pejalai ai ti ngujungka menua Simunjan nadai ai," ku iya.

Iya nandu baru, JKR bisi nganjung ai ngagai sekula ke endur iya ngajar ke ngembuan 10 buah tung ai 1Malaysia, ba genturung pengentap pendiau Melayu, abis mayuh dua buah tung ungkup sebuah genturung pendiau, lalu di sebuah rumah panjai diberi dua tung.

"Enti nitih, penyampau tung ke diberi nya enda chukup. Tang ai ke dianjung semina kena nyumai enggau ai irup aja. Nasit bisi ujan dua hari tu ke udah, nya ke ditimbun kena mandi, kena bebasu gari," ku iya.

Tim BAT (Borneo Post Adventure Team) bedau lama tu tadi bisi mansa Simunjan, ngetu dia enda lama sereta mendingka sada mensia mayuh dia sida madahka diri betapi enggau penanggul suntuk ai (Dalam surat berita The Borneo Post hari Dua tu tadi).

Utusan Borneo nguji telefon Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Simunjan Datuk Naroden Majais, minta timbal iya bekaul enggau penanggul nadai ai di Simunjan sereta nanya iya chara perintah deka mutarka penanggul nya ngambika badu nuntung rayat, tang enda mujur.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Masalah air <b>di Simunjan</b>, <b>Sarawak</b> kian meruncing | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 08:26 PM PDT

Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.

Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.

Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.

Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.

Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.

Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.

Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.

By: JEMAT BIN ADAM

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


TEMUDUGA TERBUKA!!! &#39;Offhore Crew&#39; <b>di Miri</b>, <b>Sarawak</b>. - Chris Blog

Posted: 05 Jul 2013 09:06 PM PDT

'Offshore Crew' untuk Projek Exxon di Kemaman, Terengganu diperlukan segera. Butiran temuduga terbuka adalah seperti berikut: Jawatan yang ditawarkan:

 1. Rigger/Rigger Foreman
 -Mempunyai 3-8 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas (offshore) -Mempunyai "Fire Fighting Training" dan sijil "Rigging & Slinging"

 2. Scaffolder/Scaffolder Foreman
-Mempunyai 3-8 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas (offshore) -Mempunyai sijil "Scaffolder Tahap 1"

3. Fitter/Fitter Foreman
- Mempunyai 3-8 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas (offshore) - Berkemahiran dalam bidang kerja berkaitan (paip & struktur) dan mempunyai sijil berkaitan

4. Instrument Technician
- Mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas (offshore) - Mempunyai pengalaman berkaitan dalam "Instrument Control System, Installation & Calibration" dan sijil berkaitan

5. Manpower Coordinator
- Minimum Diploma/Sijil dalam bidang yang berkaitan - Minimum 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

Tarikh: 8 July - 10 July 2013 Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang Tempat: Lot 1088, 1st Floor Foo Chow Association Building, Jee Foh Road, Krokop, 98000 Miri, Sarawak. Sila bawa bersama maklumat diri yang lengkap, salinan sijil-sijil yangberkaitan dan salinan kad pengenalan berserta original untuk pengesahan.

For more Vacancies please visit US at ---> JOB VACANCIES REVIEW

tandatangan

Selasa, 3 September 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Mohd Supaih sukar lupakan kenangan manis <b>di Lawas</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:03 PM PDT

Posted on July 2, 2013, Tuesday

LAWAS: Semuanya manis-manis belaka, kata bekas Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan ketika mengungkapkan kenangan yang sukar dilupakan sepanjang berkhidmat di daerah Lawas, semalam.

Beliau yang berkhidmat hampir sembilan tahun di daerah ini turut melahirkan perasaan sebak, terharu kerana Lawas begitu dekat di hatinya.

"Perasaan saya bercampur-campur, sukar diungkapkan dengan kata-kata, sedih, gembira dan bermacam-macam lagi," katanya di sini semalam.

Mohd Supaih dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai residen Mukah baharu yang memulakan tugasnya semalam.

Katanya Lawas memberi semua kenangan manis dan tiada kenangan pahit sepanjang berkhidmat sebagai pegawai daerah Lawas sebelum ini.

Di Lawas, Mohd Supaih begitu disenangi penduduk kawasan 'ikan tahai' itu yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang rajin, mesra dan banyak mencurah tenaga, fikiran dan idea dalam membangunkan Lawas selain bijak menangani pelbagai isu dan permasalahan setempat.

Tidak hairanlah pemergian beliau ke Mukah turut dirasai oleh penduduk di Lawas.

Bagi meraikan sumbangan beliau selama ini, satu Majlis Jamuan Perpisahan Khas diadakan bagi menghargai sumbangan Mohd Supaih baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis tersebut Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas Mohd Khairul Punggut, ketua-ketua jabatan kerajaan dan jemputan lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Maut <b>Di Mukah Sarawak</b> 4 Julai 2013 <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 12:10 AM PDT

Gambar kemalangan maut di Mukah Sarawak pada khamis 4 Julai 2013. Enam mangsa terkorban dalam kejadian yang berlaku di KM113 jalan Sibu-Bintulu melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta proton. Punca kemalangan masih lagi didalam siasatan polis pada ketika ini.

Gambar Kemalangan Maut Di Mukah Sarawak

kemalangan di mukah

Nama mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.

Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, UluSelangau.

kemalangan

kemalangan-maut-di-mukah

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


<b>Sri Aman</b> tuan rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 05:49 PM PDT

Posted on August 27, 2013, Tuesday

SRI AMAN: Bandar Sri Aman akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Negeri Sarawak pada 30 dan 31 Ogos ini.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku' diadakan di Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman.

Menurutnya, perhimpunan bermula jam 7 pagi itu melibatkan lebih 6,500 orang peserta dan 124 kontinjen jabatan kerajaan, swasta, persatuan serta pertubuhan, kelab dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya perhimpunan yang diadakan pada 31 Ogos akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Tambahnya, pelbagai acara menarik diselitkan pada perhimpunan itu termasuk Larian Kemerdekaan yang melibatkan orang awam dan terbahagi kepada lapan kategori bermula dari Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan berakhir di Stadium Mini Sri Aman.

Selain itu, turut diadakan acara senam seni dan disusuli persembahan koir oleh Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) serta persembahan pentas oleh penyanyi tempatan dari Sri Aman dan Kuching.

Mawan yang merupakan menteri yang bertanggungjawab kepada sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Terakhir Sambutan Hari Kemerdekaan di sini petang semalam.

Dalam pada itu, pada petang 30 Ogos diadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Bandar Sri Aman pada jam 5.45 petang yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Ketua Menteri serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Ketika ditanya pemilihan Sri Aman sebagai tuan rumah penganjuran sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri tahun ini, beliau menjelaskan bahawa Sri Aman merupakan sebagai sebuah 'pusat bahagian' di antara Kuching dan Sibu.

"Pemilihan Sri Aman amat bersesuaian kerana sambutan perayaan ini tidak semestinya diadakan di bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri mahupun Sibu malah bandar kecil seperti Sri Aman juga mampu menganjurkan sambutan hari kebesaran negara ini," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Astro Radio &#39;lebarkan sayap&#39; frekuensi <b>di Sarawak</b>! | WuuhuuOnline <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 11:30 PM PDT

Berita baik buat seluruh warga Miri! Penduduk di sekitar Miri kini beperluang berhibur serta mendapatkan info – info menarik melalui rangkaian terbaharu ASTRO Radio Sdn. Bhd. Rangkaian stesen radio No.1 Malaysia juga di kenali sebagai sebagai Astro Radio akan memperluaskan empayar mereka dengan melebarkan sayap frekuensi stesen – stesen seperti  Era FM, MY FM, hitz.fm ke seluruh Miri, Sarawak. Acara bakal berlangsung pada 24 Ogos 2013 bertempat di Bintang Megamall, Miri pada  pukul 11 ​​pagi.

hitz.fm cruiser

Ketiga-tiga stesen di bawah payung Astro Radio ini akan menyiarkan kandungan yang lebih terperinci dan menepati kehendak penduduk setempat. Antara acara – acara yang bakal menemui pendengar seperti acara komuniti bersama penduduk setempat dan lebih kepada penyampaian maklumat pelanggan yang tersediakan d irantau ini.Ini membuktikan bahawa satu lagi usaha Astro Radio bagi mengukuhkan lagi perlaksanaan mereka sebagai pilihan radio No.1pendengar Malaysia.

MYFM Cruiser

Sehubungan dengan itu, bukan sahaja frekuensi yang boleh didengari oleh penduduk Miri, malah, ketiga-tiga stesen tersebut juga mempunyai pasukan 'on ground' yang akan berada di bumi Miri , bermula pada19 hingga 24 Ogos 2013. Para pendengar boleh memenangi beberapa hadiah sagu hati sambil melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik! Jangan lupa untuk mengejar dan berkenalan dengan Skuad ERA Perodua, MY FM cruiser & hitz.fm yang akan sentiasa memberikan lintas langsung lokasi pilihan mereka.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2013 09:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 May 2013 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2013 09:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 10:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 09:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 09:56 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM100 Bantuan Khas Awal Persekolahan Diagihkan <b>di</b> Daerah <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 07:09 PM PST

Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama sekali dalam mengagihkan Bantuan Khas Awal Persekolahan bukanlah gimik untuk memancing undi PRU13!  
Kerajaan memberikan bantuan ini tidak mengira latar belakang, kaum mahu pun pegangan agama dan politik keluarga pelajar tersebut.  Ini kerana kerajaan kita berlaku adil untuk tidak berat sebelah dalam meringankan beban menyambut musim persekolahan yang baru.  
Ianya juga dapat memberi insentif untuk pelajar tersebut agar belajar dengan lebih rajin lagi khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM mahupun UPSR pada tahun ini.  Sekiranya mereka berjaya maka hadiah galakan pelajar akan berlipat ganda untuk meraih kejayaan mereka kelak!
Mereka inilah pewaris masa hadapan dan sememangnya kerajaan akan menyediakan bantuan yang terbaik agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.  Bantuan khas ini dapat juga digunakan untuk membeli buku rujukan atau sepasang pakain seragam baru.

Bukan gimik pancing undi PRU13

by Mohd Achil Norrlatep.Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu


GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai (empat kiri) menyerahkan bantuan RM100 kepada salah seorang pelajar semalam.

BEKENU: Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang telah diagihkan kepada pelajar awal bulan ini bukanlah gimik untuk memancing undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata bantuan khas persekolahan itu seperti sebahagian daripada bantuan-bantuan kerajaan yang telah diberikan di peringkat sekolah.

"Banyak bantuan persekolahan disediakan kerajaan seperti buku teks, rancangan makanan tambahan, asrama, kemudahan infrastruktur dan sebagainya," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 di Dewan Masyarakat Bekenu, di sini pagi semalam.

Apa yang penting kata beliau, semua bantuan berkenaan adalah bukti keikhlasan kerajaan dalam membantu setiap lapisan rakyat tidak mengira agama, bangsa dan keturunan.

"Apa yang lebih menakjubkan, kerajaan juga tidak mengira apa pegangan politik seseorang dalam menghulurkan bantuan sedemikian," jelasnya.

Beliau berkata, salah satu daripada hasrat kerajaan dalam mengagihkan hasil daripada keuntungan pelaburan ekonomi.

Mengenai tanggungjawab ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak, beliau mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua pihak.

"Ibu bapa harus prihatin terhadap keperluan anak-anak manakala guru pula bertanggungjawab memantau supaya mereka terus berjaya," ujarnya.

Di peringkat pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Subis, seramai 4,116 pelajar sekolah menengah dan 5,234 pelajar sekolah rendah mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 terdiri daripada lima buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah.

Turut hadir pada majslis itu Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Ahli Chikba.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Aug 2013 09:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 09:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 May 2013 09:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 09:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 10:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

60 peninju bakal bertarung Cabaran Muaythai <b>Lundu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:47 PM PST

Posted on February 20, 2013, Wednesday

CABARAN: Barisan peninju Kelab Muaythai JBL menyertai Cabaran Muaythai Lundu pada Sabtu ini bersama-sama dengan Ahmad Nirwan (belakang, tiga kanan) di Lundu.

CABARAN: Barisan peninju Kelab Muaythai JBL menyertai
Cabaran Muaythai Lundu pada Sabtu ini bersama-sama
dengan Ahmad Nirwan (belakang, tiga kanan) di Lundu.

BAU: Seramai 60 peninju termasuk atlet bayangan Sukan Malaysia (SUKMA) dijangka menyertai Cabaran Muaythai Lundu 2013 yang akan diadakan pada 23 Februari (Sabtu) di Dewan Kampung Rukam, Jalan Biawak Lundu.

Kejohanan selama sehari itu dianjurkan oleh Kelab Belia dan Rekreasi Jalan Biawak Lundu dengan kerjasama Kelab Muaythai Jalan Biawak Lundu (JBL).

Pengasas dan Jurulatih Kelab Muaythai JBL, Ahmad Nirwan berkata kejohanan itu turut menarik minat peserta dari Kelab Muaythai Kenyalang dan Kelab Muaythai SS Fighters.

Beliau yang juga pengerusi penganjur menjelaskan, objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mempromosi sukan muaythai dan budaya sihat di kalangan belia sekitar daerah Lundu dan Biawak.

Selain itu, ia juga dapat dijadikan medan latihan pendedahan untuk atlet SUKMA Sarawak.

"Seramai 15 peninju bayangan SUKMA Negeri mengesahkan penyertaan mereka.

Antara yang bakal mencuri tumpuan ialah peninju dari Kelab Muaythai SS Fighters.

"Bagaimanapun, peninju dari Kelab Muaythai Kenyalang dan Kelab Muaythai JBL juga dijangka mampu memberi saingan sengit," katanya.

Menurutnya, empat peninju Kelab Muaythai JBL yang diserapkan dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak ialah Heendrew Lois, Jeffrery Nagoi, Steve Rossel dan John Bodi.

Kelab Muaythai JBL ditubuhkan oleh Ahmad sejak dua tahun lalu dan juga ahli gabungan Persatuan Muaythai Kuching.

Mereka mempunyai pusat latihan di Kampung Rukam, Biawak dengan ahli berjumlah 30 orang dari Lundu dan Biawak.

Sementara itu, seramai 30 ahli Kelab Muaythai JBL telah mengadakan demonstrasi muaythai semasa pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kawasan Parlimen Mas Gading di Tasik Biru Square, Sabtu lalu.

Pertunjukan itu menarik minat lebih 2,000 penonton dan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Aidilfitri 2013 <b>di</b> kampung Muut, Sekaan Besar, <b>Matu</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 21 Aug 2013 08:29 PM PDT

Salam, tahun ini sambut aidilfitri di kampung nenek di matu. Selamat hari raya. :).

Sent from my Windows Phone

A photographer from Malaysia.

Isnin, 2 September 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


RM582 juta perlu untuk atasi banjir kilat <b>di Kuching</b>, Kota Samarahan

Posted: 22 Aug 2013 11:25 AM PDT

Posted on August 23, 2013, Friday

KUCHING: Anggaran RM582 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir kilat di pusat bandar raya Kuching dan Kota Samarahan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk James Dawos Mamit berkata, jumlah tersebut telah ditetapkan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 2010.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan yang diperlukan itu belum disalurkan kepada kementeriannya untuk memulakan pelaksanaan projek.

"Unit Perancang Ekonomi (EPU) belum lagi memberi peruntukan. Kalau sudah beri, baharulah saya dapat melaksanakan projek ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan, rancangan projek tersebut tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak.

"Projek tebatan banjir tetap diteruskan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM162 juta kepada Sarawak bagi tahun ini untuk projek tersebut.

"Sebahagian daripada projek juga sudah dilaksanakan," jelasnya.

Sementara itu, Dawos berkata, konsep pembangunan lestari perlu diamalkan dalam fasa pembangunan yang pesat di negara ini untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

"Ini sangat penting kerana populasi rakyat meningkat dan fasa pembangunan bertambah pesat. Alam sekitar harus dijaga kerana jika tidak, ia akan menjejaskan kita sendiri.

"Kita harus memastikan generasi masa depan turut menikmati manfaat daripada kualiti alam sekitar dan bukannya kemusnahan alam sekitar," katanya.

Namun demikian, Dawos menyifatkan pembangunan di Sarawak masih terkawal tanpa wujudnya kemusnahan alam sekitar.

"Sarawak tidak begitu teruk dari segi pembangunan bandar raya, ia masih menanam pokok jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur," katanya.

Bengkel itu disertai seramai 60 peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Ia adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarawak Shell Berhad, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta agensi dan jabatan kerajaan terpilih di Sarawak.

Bengkel itu bertujuan memberi penjelasan dan latihan kepada peserta yang merupakan bakal guru mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah di bawah program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar.

Majlis turut menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Shell dan JAS yang disempurnakan oleh Pengurus Kanan (Kebajikan Korporat) Shell Malaysia Peing Tajang dan Pengarah JAS Ruslan Mohamad.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads