11 di sibu sarawak - Google Blog Search |
Giliran <b>Sibu</b> jadi jentera gerak ekonomi <b>Sarawak</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 14 Aug 2013 02:39 PM PDT by Reno Benjamin. Posted on August 15, 2013, Thursday SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Tiab Mahmud berkata kini giliran bandar Sibu untuk menjadi jentera utama dalam menggerakkan ekonomi negeri dalam bentuk yang lain pada masa akan datang. Katanya, Bintulu yang terkenal dengan industri gas dan perindustrian sebelum ini pernah menjadi jentera perubahan untuk negeri ini. "Sibu akan memainkan peranan penting kerana Sibu merupakan pintu gerbang kepada pembangunan di Tunok, pintu gerbang bagi mengubah Kanowit serta pintu gerbang untuk membawa pelaburan ke Mukah serta kawasan di Samalaju dan Tanjung Manis," ujarnya. Berucap pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di sini malam kelmarin, Taib berkata bandar Sibu tidak lagi boleh kehilangan tenaga kerja yang bijak pandai serta mempunyai kemahiran seperti dahulu. Sebaliknya, jelas beliau, ramai golongan bijak pandai dari tempat lain akan datang berhijrah ke Sibu untuk bekerja sama ada dalam sektor perbankan, jurutera, mekanik dan sebagainya. "Sibu juga mungkin sama-sama dengan tempat lain mempelopori pendidikan teknikal bersama Betong, Bintulu dan juga Kapit pada masa akan datang," katanya. Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak (SCORE) yang terletak di wilayah tengah, ujar Taib, amat memerlukan ramai pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri yang wujud di koridor terbabit. "Cara-cara kita membawa kemajuan ini berkehendakkan kepada banyak bentuk kepandaian. Oleh sebab itu, saya ingin memberi peringatan dengan peluang yang begitu tinggi, sesuaikan kepandaian kita dengan peluang itu," katanya. Ketua Menteri juga memberitahu, selain menjadi tempat melatih ramai pekerja mahir dan teknikal, Sibu juga berperanan menjadi pusat penyelenggaraan bagi jentera-jentera berat yang dibawa masuk ke kawasan ini. "Oleh sebab itu, maka Sibu patut menyedari di samping menjadi tempat yang akan melatih ramai pekerja teknikal, selain menjadi pusat penyelenggaraan bagi jentera-jentera yang akan datang dan digunakan di kawasan pedalaman," jelasnya. Sehubungan itu, beliau berharap perpaduan di antara semua kaum di Sibu akan membolehkan Sibu membuat persediaan ke arah itu agar Sarawak mampu menjadi pusat perindustrian utama negara menjelang tahun 2030. Taib juga berharap, para pemimpin yang akan datang mempunyai kecenderungan untuk mengubah kehidupan rakyat menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik. "Generasi baharu tentu akan sedaya upaya untuk mengguna dengan sepenuhnya peluang dan kelebihan yang boleh kita capai pada masa akan datang, khasnya menjelang tahun 2030 di mana Sarawak akan menjadi negeri terkaya di Malaysia," jelasnya. Hadri sama pada majlis itu ialah isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa'ee serta yang lain. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di sibu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan