ads

Isnin, 5 Mei 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Anak bunuh ibu kerana enggan beli telefon pintar <b>di Miri</b>, <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2014 06:33 AM PDT

- Saturday: 2014-04-05 21:33:04'.

ibu-di-tikam-enggan-beli-smart-phone

MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.

Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai…pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved