11 di miri sarawak - Google Blog Search |
130 pemilik kereta Perodua Viva berkampung <b>di Miri</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 03 May 2014 09:37 AM PDT MIRI: Seramai 130 pemilik kereta Perodua Viva seluruh Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Semenanjung Malaysia berkampung di Republick Beach Miri, semalam. Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin berkata program 'Viva Avy 3rd Gathering Sara-wak 2014' itu merancakkan lagi sektor pelancongan Miri, khasnya sempena Miri May Fest. "Program ini secara langsung akan memperkenalkan bandar raya peranginan Miri kepada peserta-peserta lain terutama mereka yang datang dari luar Sarawak," katanya di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu pujian harus diberikan kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengumpul kira-kira 130 pemilik kereta dari seluruh Borneo dan Semenanjung Malaysia. "Melalui program ini, peserta juga dapat bertukar-tukar idea dan pandangan berkenaan sukan permotoran seterusnya mengeratkan hubungan baik di kalangan peserta," jelasnya. Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu aktiviti sedemikian juga dapat mempromosi sukan permotoran dan meningkat pergaulan di kalangan belia. Jurucakap penganjur pula memberitahu kesemua pemilik Perodua Viva terbabit telah berada di Miri beberapa hari sebelum program berkenaan dijalankan terutama peserta dari luar Miri. "Mereka datang lebih awal untuk bertemu dengan rakanrakan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bahkan pada masa sama mereka dapat mengenali bandar raya peranginan Miri," katanya. Menurutnya, pada tahun 2013, program itu disertai kira-kira 114 pemilik kereta di Kuching dan 60 kereta di Sibu (2012) dan jumlah itu bertambah kepada 130 tahun ini. Hadir sama menyokong program berkenaan ialah ADUN Lambir Ripin Lamat. |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan