ads

Khamis, 8 Mei 2014

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2014 09:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 09:48 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di marudi sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 09:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelantikan Adenan disambut baik masyarakat <b>di Marudi</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2014 02:04 PM PST

MARUDI: Pelantikan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri yang kelima menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disambut baik oleh masyarakat di Marudi dan daerah Baram amnya.

Ramai bersetuju bahawa pilihan Taib melantik Adenan adalah amat tepat memandangkan Adenan mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan amat sesuai memimpin negeri dengan pengetahuan yang ada padanya.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baram Blalang Atom memberitahu bahawa beliau dari awal memang menyangkakan Adenan adalah pengganti Taib.

"Kita nilai dari segi pengalaman dan pergaulan beliau (Adenan) dengan masyarakat serta pemimpin Negeri yang amat baik dan cukup rapat, selain beliau juga orang lama (veteran) dalam PBB.

"Pada saya, beliau memang layak dan kami memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima," ujar Blalang sambil menyifatkan tindakan Taib melantik Adenan adalah bijak dan amat berhati-hati.

"Sehubungan itu juga kami memohon dan berharap supaya Ketua Menteri yang baharu ini kelak akan lebih memberi fokus kepada pembangunan di luar bandar serta menyambung perjuangan Pehin Sri Taib untuk membangunkan luar bandar," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Adenan.

Kenyataan Blalang turut di-sokong oleh seorang ahli Majlis Daerah Marudi yang baharu sahaja dilantik mewakili PRS iaitu Kaunselor Tuai Rumah Anthony Jelma Teby.

"Beliau memang layak daripada semua segi selain mempunyai pengalaman luas bukan sahaja dalam bidang politik malah juga pembangunan negeri ini termasuk di luar bandar, selain mempunyai hubungan baik dengan semua pihak dan pe-mimpin Barisan Nasional (BN)," jelasnya.

Anthony yang merupakan ahli Jawatankuasa Pembangunan Tuai-Tuai Rumah Kawasan Poyut/Lubok Nibong di sini turut berharap agar Adenan meneruskan politik pembangunan Taib yang turut merentasi luar bandar di seluruh negeri dari utara hingga ke selatan.

Bagi masyarakat Orang Ulu di Ulu Baram, pelantikan Adenan amat dialu-alukan kerana bagi mereka Adenan bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang politik malah juga amat memahami keperluan dan adat resam Orang Ulu di Baram.

Pengerusi Pergerakan Pemuda PBB Telang Usan Dominic Nyurang Ajang, yang bersetuju dengan kenyataan tersebut memberitahu, PBB di Telang Usan amat menyokong pelantikan Adenan malah pengalaman beliau mampu membawa Sarawak terus ke hadapan.

"Apa yang kita harapkan Tan Sri Adenan dapat menyambungkan projek-projek besar yang telah dirancang oleh Pehin Sri Taib, khususnya meneruskan projek Empangan Baram supaya ia mampu  memberi keuntungan kepada penduduk Baram dan Sarawak amnya," ujarnya ketika ditemui  Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Dominic juga berharap Adenan meneruskan pembangunan untuk masyarakat Orang Ulu yang mahu membangun setaraf dengan kaum dan etnik lain di negeri ini.

Turut menyokong dan terharu dengan pelantikan  Adenan ialah ketua-ketua kaum di Marudi, ketua masyarakat, pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ADUN Telang Usan Dennis Ngau yang menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada Adenan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved