Rabu, 21 Mei 2014

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Hulur sumbangan untuk bina Gereja St Philip <b>Lubok Antu</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2014 04:19 PM PDT

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak menasihati  penganut Kristian sekitar daerah Lubok Antu agar tidak keberatan menghulurkan sumbangan bagi tujuan pembangunan Gereja St Philip Lubok Antu.

Menurutnya, wang yang diderma mereka tidak akan disalah guna bagi tujuan lain sebaliknya hanya diguna bagi pembinaan Gereja St Philip.

Nyalau menjelaskan bahawa sumbangan rakyat termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) membolehkan Gereja St Philip, Lubok Antu dibina dengan lebih baik dan seterus-nya dapat digunakan bagi tujuan aktiviti rohaniah.

"Hulurkanlah sumbangan anda bagi membina Gereja St Philip Lubok Antu untuk kegunaan kita semua di sini," katanya pada Majlis Merarau sempena sambutan Hari Easter di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Lubok Antu, kelmarin.

Selain itu, beliau turut menasihati para penganut Kristian di Lubok Antu agar mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap penganut-penganut agama lain demi kesejahteraan semua.

"Saya menasihati anda semua terus bersatu dan saling bekerjasama agar pembinaan Gereja St Philip, Lubok Antu dengan kos lebih RM1 juta dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.

Pada majlis itu, Nyalau mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM39,000 bagi membantu pembinaan Gereja St Philip Lubok Antu yang baharu.

Turut hadir Bishop Aris Sumping Jinggan, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads