11 di limbang - Google Blog Search |
Pemain tumbuk pengadil aksi bola sepak <b>di Limbang</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 28 Apr 2014 02:23 PM PDT LIMBANG: Belum pun reda isu Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Limbang dikejutkan dengan insiden sama apabila salah seorang pemain menumbuk muka pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di sini petang Sabtu lalu. Insiden menggemparkan itu menyebabkan pengadil berkenaan mengalami kecederaan di ba- hagian muka dan menerima dua jahitan dan kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan berkenaan. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan perasaan terkejut sebaik dimaklumkan insiden memalukan itu semalam. Katanya, faktor terlalu mengikut emosi dan ghairah untuk mencapai kemenangan menyebabkan pemain berkenaan bertindak melulu sehingga menumbuk muka pengadil. "Kita faham banyak pasukan baharu menyertai kejohanan itu dan mereka terlalu terbawabawa dengan emosi sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini," katanya di sini semalam. Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mahu ketua dan pengurus pasukan agar dapat memberi taklimat dan nasihat kepada anak-anak buah masing- masing pada masa akan datang bagi mengelak 'pisang berbuah dua kali'. Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang hujung minggu lalu dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang dan LFA turut bekerjasama membantu kejohanan itu dari segi teknikal. Dr Abdul Rahman berkata, LFA bersedia membantu dan bekerjasama dengan penganjur jika diminta berhubung insiden berkenaan yang kini masih dalam siasatan polis. Katanya, LFA akan bertindak tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada Liga Limbang akan datang. "Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan dan siasatan melalui Lembaga Disiplin terhadap mereka yang mencetuskan sebarang insiden yang tidak dingini jika berlaku pada kejohanan yang dianjurkan LFA (Liga Limbang). "Siasatan menyeluruh juga dijalankan termasuk terhadap pengadil yang dikatakan 'berat sebelah' sekiranya perkara itu berlaku pada Liga Limbang 2014 nanti," jelasnya. LFA juga akan memberi taklimat kepada semua pengurus, jurulatih dan termasuk pengadil bagi memastikan mereka menjalankan tugas seadil-adilnya dalam Liga Limbang. "Kita memberi jaminan akan memastikan Liga Limbang 2014 berjalan dengan bersih bagi mengelak insiden sedemikian mencemarkan liga sekali gus industri bola sepak tempatan. "Ini termasuk menyingkirkan pasukan yang mencetuskan masalah dan tidak terkawal," katanya. |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan