Sabtu, 12 April 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Kesungguhan pelihara flora dan fauna <b>di negeri</b> ini dipuji <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2014 09:29 AM PDT

by Hamimi Kassim. Posted on April 6, 2014, Sunday

GIMIK PERASMIAN: Awang Tengah menyempurnakan majlis perasmian Hari Hidupan Liar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Padawan semalam. Turut kelihatan Sudarsono, Sapuan, Kadim dan Oswald.

PADAWAN: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memuji usaha serta kesungguhan semua pihak menterjemahkan harapan kerajaan untuk terus memelihara flora dan fauna di negeri ini.

Menurutnya, semua khazanah dan kekayaan semula jadi yang ada ini harus dijadikan sebagai warisan unggul kerana mempunyai banyak manfaat kepada seluruh kehidupan.

Justeru, beliau berharap kerjasama yang ditunjukkan ini dapat diteruskan kerana usaha konservasi merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

"Saya berasa bangga kerana semua pihak yang terlibat dengan usaha konservasi hidupan liar dapat duduk bersama-sama untuk mencari kaedah terbaik dalam pemeliharaan hidupan liar ini.

"Penglibatan semua pihak seperti masyarakat setempat, Renjer Kehormat Hidupan Liar, AJK 'The Convention on International Trade In Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Negeri Sarawak, NGO seperti WCS dan WWF serta institusi pengajian tinggi seperti UNIMAS harus dianggap sebagai perkongsian pintar dalam melestarikan usaha ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dekat sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian mengulas lanjut, pelaksanaan kempen kesedaran terutama melibatkan pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan merupakan langkah bestari untuk memupuk kesedaran dari peringkat awal lagi.

Oleh yang demikian beliau turut berharap Hari Hidupan Liar Sedunia yang julung kali diadakan bermula tahun ini dapat dijadikan sebagai pemangkin bagi menyemarakkan lagi semangat konservasi.

Dalam perkembangan lain, Awang Tengah memberitahu bahawa pihaknya kini dalam usaha meningkatkan promosi bagi menggalak kedatangan pengunjung dalam dan luar negeri ke pusat hidupan liar yang ada di Sarawak seperti di Semenggoh.

"Purata pengunjung yang datang melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh dalam tempoh lima tahun adalah 100,000 hingga 150,000 orang yang mana ia tidak jauh berbeza dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah.

"Justeru, kami akan berusaha meningkatkan jumlah ini melalui promosi dengan kejasama semua pihak yang disebutkan tadi," jelasnya sambil menambah bahawa kerajaan juga menggalakkan penyelidik dari dalam dan luar negara melakukan penyelidikan terhadap flora dan fauna di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak merupakan penyumbang terbesar kepada program 'Heart Of Borneo' dari segi keluasan untuk projek kerjasama antara Kerajaan Indonesia, Malaysia dan Brunei selain benteng terakhir bagi habitat orang utan.

Beliau turut memberitahu bahawa dua hari lalu kabinet telah meluluskan untuk mewarta Rizab Semula Jadi Piasau seluas 88.5 hektar di Miri.

Jelasnya, selain dapat menjadi 'green lung' untuk bandar Miri, ia sekali gus dapat melindungi enggang liar dan pelbagai spesies terancam yang terdapat di kawasan tersebut.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah telah melancarkan Tabung Khas Konservasi Hidupan Liar selain menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UNIMAS dan Jabatan Hutan Sarawak bagi penyelidikan biodiversiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads