ads

Sabtu, 19 April 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Mat Sabu KANTOI <b>di Sibu Sarawak</b>?! - Dari Sematan Ke Lawas

Posted: 05 Mar 2014 12:54 AM PST

Blog EMPIRESTRIKEBACK menimbulkan persoalan adakah wujud 'hantu' dalam parti PAS berniat menjatuhkan presiden mereka, Haji Hadi Awang yang disaman RM2juta oleh bekas calon PKR, Syamsul berkaitan pil kuda. Rujuk [DI SINI]
Sebelum ini kami telah mengulas dan berpendapat bahawa saman tetap akan diteruskan walaupun ada cadangan agar saman tersebut dihentikan; mungkin kerana Syamsul tak ada 'telur' atau kerana nak mengejar gelaran jutawan! Rujuk [DI SINI]
Namun baru-baru ini di Sibu, Sarawak, Mat Sabu dengan penuh lantang dan tegas menyatakan bahawa PAS akan tetap bersama pakatan rakyat walaupun presiden parti, Haji Hadi Awang disaman RM2juta oleh ahli PKR. Dalam satu program disebuah hotel di Sibu, Mat Sabu juga menyatakan PAS akan membantu calon pakatan rakyat pada PRK Kajang akan datang.
Inikah 'hantu' yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan presiden PAS, Haji Hadi Awang? Kenyataan Rafizi PKR sebelum ini juga seolah-olah menyarankan agar samab diteruskan. Adakah RM 2juta bakal dikongsi bersama?
Sandiwara ini menyebabkan majoriti penyokong PAS sebenarnya tidak berpuas hati dengan kes saman RM 2juta tersebut. Bagaimana pula Mat Sabu boleh dengan sewenangnya menyatakan PAS akan tetap sokong PKR? Sama-sama kita tunggu bagaimana kesudahan drama ini!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved