Selasa, 1 April 2014

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Sardin cap King Cup dijual serendah RM4.90 <b>di Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2014 04:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pasaraya Bangga Budi, Limbang, Sarawak, semalam menawarkan sardin cap King Cup (425 gram) pada harga terendah iaitu RM4.90, demikian laporan portal www.1pengguna.com.

Di kawasan lain seperti Pasaraya Carrefour, Jalan Kapar, Klang, produk itu  dijual pada harga RM6.75 sementara di Pasaraya Tesco Manjung, Perak  pada harga RM6.80.

Portal itu turut melaporkan harga terendah bagi pisang berangan di sekitar Sabah iaitu RM2 sekilogram yang dijual di Pasar Umum Samporna manakala di Pasar Basah Sibuga Batu 8, Sandakan menjual buah itu RM3.50 sekilogram.

Harga buah itu di Pasaraya Tesco Kuala Selangor ialah RM4.99 sekilogram sementara Pasaraya Giant, Batu Caves pada harga yang RM5.59 sekilogram.

Bagi pengguna di Pahang, harga mentega Buttercup paling rendah boleh didapati di Pasaraya Aktif, Kuala Lipis yang menjual pada harga RM3.50 (250g) berbanding di Pasaraya Tunas Manja Transit Point, Kuantan menjual mentega itu pada harga RM4.99 (250g).

Bagi kawasan lain seperti Pasaraya Gama, Pulau Pinang menjual mentega Buttercup pada harga serendah RM3.99 (250g) berbanding di Pasaraya Pacific, Pulau Pinang RM5.20(250g) dan Pasaraya Tesco Extra Sungai Dua, Pulau Pinang pada harga RM6.99.

Harga bagi sos cili Maggi (500g) pula ditawarkan pada harga serendah RM2.59 di Pasaraya Econsave, Taman Daiman, Kota Tinggi, Johor diikuti dengan RM3.65 (500g) di Pasaraya The Store Muar, Johor dan RM3.80 (500g) di Pasaraya Seri Utama, Kangar, Perlis.

Di Pasaraya Bangga Budi, Limbang, Sarawak pula sos cili Maggi dijual pada harga RM3.90 (500g) manakala RM4 (500g) di Pasaraya Everise, Sarawak.

Portal www.1pengguna.com merupakan portal kepenggunaan interaktif dan berinformasi bertujuan memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads